Connect with us

Viral

“Seronok jadi janda?” Wanita & Bekas Suami Joget2 Depan Pejabat Agama

Penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh agama Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.

Bagaimana pun, selagi boleh diperbaiki hubungan suami dan isteri maka penceraian amatlah tidak digalakkan kerana urusan kahwin dan cerai ini bukanlah satu benda yang remah dan boleh dibuat main.

Namun lain pula ceritanya dengan bekas pasangan suami isteri ini yang sempat menari mengikut ‘trend’ TikTok selepas sah bercerai mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @noralunia, kelihatan dia bersama bekas suami dengan senang hati menari mengikut rentak lagu di applikasi TikTok seperti tiada apa yang terjadi antara mereka berdua.

Pengguna TikTok itu menari bersama bekas suami di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam Islam teluk Intan dengan meninggalkan kapyen di memaklumkan baru sahaja bergelar janda.

“Officially i JANDA pada hari ini dengan talak loro talak loro (talak dua) . Terima kasih ex banyak jaga saya sebelum ni . semoga jumpa jodoh yang lebih baik,” tulisnya.

Video yang tular di laman TikTok:

Netizen masih tak percaya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pelik dengan tindakan kedua-dua individu tersebut yang sakan menari di hadapan pejabat agama seolah-olah bahtera perkahwinan mereka masih berada dalam keadaan yang baik.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan reaksi mereka dek kerana pernceraian yang berlaku seakan satu permainan buat mereka.

Berikut merupakan respon daripada warga netizen:

“600 kali aku ulang sebab tak percaya bercerai bolej berjoget happy2”

“roboh masjid pun boleh happy ek.. moga jumpa jodoh yang baik2”


“perkahwinan dan penceraian satu permainan bagi budak zaman sekarang..”

“Ya Allah sis jangan memalukan diri macam ni.. jangan bangga sangat dah bercerai.. sedih tengok macam ni..”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)