“Serius Awak Tak Pernah Mengandung?” Bengang Dengan Bekas Isteri, Alha Alfa Tunjuk Bukti

Beberapa hari lepas kita menerima berita mengenai perpisahan usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa dan isterinya setelah 6 bulan mendirikan rumahtangga.

Usahawan kosmetik itu turut mengesahkan perkara tersebut di laman Instagram beliau dan menjelaskan perkara yang terjadi.

Namun begitu, sekitar hari ini telah timbul beberapa perkara mengenai perkahwinan mereka di laman sosial.

Bekas isteri Datuk Alha Alfa menafikan beliau pernah hamil

Sebelum ini, Datuk Alha Alfa ada berkongsi khabar yang sebelum ini beliau bakal menjadi bapa tetapi isterinya keguguran dan tiada rezeki untuk mereka ketika itu.

Menerusi satu komen seorang pengikutnya di Instagram, Azlin menafikan yang dirinya pernah hamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by αl!n!sππα!l (@arelin_ismail) on

 “Yang dihidang untuk mata, tak sama dengan yang bakal dirasa dengan lidah,” tulisnya.

Di ruangan yang sama, Azlin turut menafikan dirinya hamil dengan membalas komen salah seorang pengikutnya.

Saya tak pernah mengandung

“Alahan pembawakan ke Datin… Sabar ya,” tulis @ezatyeza.

“Tak adalah, saya tak pernah mengandung,” jawab Azlin ringkas.

Komen itu sekaligus menafikan kenyataan Alha sebelum ini yang mendakwa Azlin pernah mengalami keguguran.

Perkara itu turut mendapat perhatian dari Datuk Alha Alfa sendiri yang kemudiannya membalas kenyataan bekas isterinya itu.

Saya perlu tegakkan kebenaran-Datuk Alha Alfa

Datuk Alha Alfa turut membuka mulut mengenai isu berkenaan kerana dikatakan ada pihak yang mendakwa beliau menipu.

“Saya memang nak move on tapi satu Malaysia sekarang ingat saya penipu! Ok takpe main kasar ek”.

Sementara itu, usahawan kosmetik itu mengatakan beliau perlu menegakkan kebenaran dengan apa yang telah terjadi.

 “Apa niat awak pun saya tatau. Sabar sabar saya, saya perlu tegakkan kebenaran dari orang ingat saya menipu”.

“Saya paling pantang penipu! Awak tau kan? Saya hormat awak walau macam-macam berlaku kat saya”.

Saya minta awak cuci nama saya-Datuk Alha Alfa

Sementara itu, Datuk Alha Alfa turut faham bekas isteri beliau turut tertekan dengan perkara yang berlaku

“Saya terima kali ni je saya minta awak cuci nama saya! Memang mudah mulut berbicara tapi najis yang terpalit kat muka saya ni nak letak mana”.

“Saya tau awak akan tertekan..Saya juga! Kalau awak main game macam ni, jom sama-sama rasa”.

Ini coretan terakhir untuk anda semua

Sementara itu, Datuk Alha turut menyatakan ini merupakan coretan terakhir mengenai kemelut rumah tangga beliau dan bekas isteri.

“Saya sibuk jaga aib awak, aib saya awak mainkan..Ini coretan akhir untuk anda semua! Lepas ni saya takkan bercakap lagi pasal ni”.

“Saya kena bersihkan nama saya. Lantaklah orang nak kata saya bodoh hal rumah tangga nak canang, biar orang kata saya lembik”.

Saya nak tegakkan diri, saya ada maruah- Datuk Alha

Menerusi Instagram Stories, beliau turut meluahkan isi hatinya yang mana beliau hanya berdiam diri ketika dicaci disebabkan bekas isterinya.

“Biar orang kata saya menggelupur nak tegakkan diri..Saya ada maruah! Selagi saya senyap orang caci maki saya sebabkan awak,” tulisnya di Instagram Stories.

Bukti isteri beliau pernah mengalami keguguran

Alha atau nama sebenarnya Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil, 32, berkongsi perbualannya bersama bekas isteri, Noor Azlin Ismail di aplikasi whatsApp.

 

View this post on Instagram

 

😊🍜

A post shared by αl!n!sππα!l (@arelin_ismail) on

 Menerusi ‘screenshot’ itu mendedahkan Azlin telah memakan jamu dalam kuantiti yang banyak sehinggakan menyebabkan keguguran.

“Ok jadi kalau sebagai suami tak gembira ke saya dapat berita ni?? Awak bagitau gugur pun saya gembira je yang penting awak sihat”.

“Tapi bila saya sakit dikecam macam ni, awak boleh sama naik. Takpelah saya redha. Awak menang kat dunia,” tulis Alha.


Saya selesai, selepas ini tidak ada lagi

Dalam pada itu, Alha menyatakan ini adalah pendedahan yang terakhir yang dilakukannya bagi membersihkan nama.

“Terima kasih bagi saya harapan selama ini. Apa ja awak minta saya tak bagi”.

“Kenapa bila macamni awak jatuhkan nama saya macamni sekali. Orang cakap saya gila”.

“Saya selesai! Selepas ini tidak ada lagi! Janji! Saya hanya insan hina yang nak tegakkan kebenaran”.

“Ini je ruang yang saya ada. Kalau awak rasa saya mengabaikan awak, awak pulak buat apa kat saya tu? Its over!” tulisnya lagi.

 Terdahulu Datuk Alha Alfa, 32 dan Azlin mendirikan rumah tangga pada 28 September 2019 selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.