“Jangan double standard sebab orang terkenal” Ustaz Shahrizan Perli Ebit Lew Salurkan Bantuan COVID-19?

Seperti yang kita sedia maklum, ketika ini seluruh rakyat Malaysia perlu bekerjasama dan memberi sokongan bagi menangani wabak Covid-19 ini.

Petugas-petugas barisan hadapan memerlukan sokongan dari kita untuk terus menjalankan tugas mereka .

Barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk berhadapan dengan wabak Covid-19 ini namun begitu wujud pula krisis sesama pendakwah.

Salurkan bantuan tetapi tidak mematuhi SOP

Seorang pendakwah dikatakan telah menzahirkan rasa kurang senang terhadap pendakwah lain yang berkeliaran di luar sana.

Menurut beliau ada individu dikatakan seperti tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan untuk menyalurkan bantuan.

Individu ini dikatakan bebas bergerak sesuka hati

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh Ustaz Shahrizan di laman Instagram, beliau memuat naik satu pendapat terhadap individu yang bebas bergerak ketika ini.

Beliau berpendapat individu ini dikatakan menyalurkan bantuan dan merayau sesuka hati ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan ketika ini

 

Double standard dengan individu terkenal

Ujar beliau lagi, ada seseorang ini tidak mengikut SOP Kawalan Pergerakan dan Social Distancing.

Selain itu, beliau juga menempelak pada segelintir pihak yang terlalu double standard hanya disebabkan individu itu orang terkenal.

“Mana pergi akur Perintah Kawalan Pergerakan dan Social Distancing? Saya buat juga bantuan2 ni, tp mekanisme dan SOP kena lah patuh”.

“Janganlah double standard sebab itu orang terkenal. Semakin ramai pula sukarelawan yang nak buat misi yang sama”.

Sementara itu, beliau turut mengulas kebimbingannya terhadap perkara tersebut kerana setiap individu perlu patuh dengan arahan yang dikeluarkan.

 “Kerisauan kita adalah takut jadi tak tentu hala tentang kepatuhan teknikal penghantaran dan pematuhan arahan”.

“Pihak berwajib dah ada, MKN ada salur direct penghantaran melalui mereka dan pelbagai mekanisme selamat”.

Tegasnya lagi, akibat perbuatan itu akan banyak sukarelawan yang nak buat misi yang sama dimana ia akan menambahkan lagi risiko penularan wabak ini.

Ada cara yang lebih baik untuk menegur-Netizen

Ekoran dari kenyataan yang dikeluarkan itu, ramai netizen menegur sikap beliau itu kerana  mereka berpendapat ada cara yang lebih baik jika ingin membuat teguran.

 Walaubagaimanapun, Ustaz Shahrizan dikatakan mempunyai pendiriannya dan caranya tersendiri.

Ramai juga yang sependapat dengan kenyataan itu

Pada masa yang sama, ramai juga mempunyai pendapat yang sama dengan ustaz tersebut dan menyokong kenyataan Ustaz tersebut.

Mereka berpendapat, tindakan itu seolah-olah dapat kelonggaran untuk keluar sesuaka hati.

Ada yang mendakwa ia ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew

Biarpun Ustaz Shahrizan telah menjelaskan bahawa posting tersebut termasuk semua orang buat benda yang sama dan tidak menyebut nama individu terlibat secara spesifik, ada yang beranggapan ia ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.

Ketika ini, Ustaz Ebit Lew sedang giat memberikan bantuan kepada petugas-petugas yang terlibat menjalankan Pemerintahan Kawalan Pergerakan ini dari segi makanan, topeng dan lain-lain.

 

View this post on Instagram

 

Terasa kasihan bila tengok polis tentera yang saat ini bergabung bersama menjaga negara. Seharian tadi saya beli mcDonald bawakan untuk mereka. Syukur pada Allah. Sungguh-sungguh mereka jaga semua jalan seluruh kl dan Malaysia. Ada yang penat letih. Tadi saya ke 12 tempat roadblock. Bawakan makanan untuk mereka. Ada beberapa tempat kata. Allahu sedapnya ustaz. Jika hari-hari bestnya ustaz. Ya Allah. . Saya hadir pakai mask ramai tak kenal sangat mulanya. Tapi syukur tadi boss trafik kl tolong bawa ke semua tempat mereka bertugas. Ya Allah bila senyuman mereka dan ramai ajak selfie. Selalu tengok ustaz. Biasa bulat sikit kan. Suka dengar ceramah ustaz. Kurus yer ustaz. Terima kaseh Asp Agus JsptKl, asp juliana, asp shida mudahkan urusan tadi. Allah sayang semuanya. . Ya Allah happy rasa dapat memberi sedikit kata semangat dan tumpang pahala dan kebaikan mereka. Adik McD tadi memang baik sangat. Terima kaseh adik McD Gombak. Semua membantu tolong saya masukkan dalam kereta dan saya hadiahkan mereka buku doa. Saudaraku duduklah dirumah. Jangan susahkan tugas mereka. Penat ada yang melawan kadang kesana sini. Panjanh jalan jem. Mudahkanlah abang polis dan tentera kita ini. Yang keluar jangan bawa laju-laju. Bahaya untuk mereka. Terimalah ya Allah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah . Doakan banyak hospital perlukan banyak barang keperluan lagi. Dan mask dah order lagi 20ribu, sanitizer,glove, thermometer,portable aircond, khemah,dan banyak lagi-ebitlew . Siapa ingin infak CIMB 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Setiap dari kita mempunyai pendapat masing-masing dalam pelbagai perkara. Semoga setiap perkara dapat diselesaikan dengan rundingan yang baik tanpa mencetuskan sebarang masalah.