“Seinci dari maut..” Penunggang Motosikal Tergelincir Dan Nyaris Digilis Buat Netizen Meremang

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Kemalangan adalah satu benda yang kita tidak boleh jangka bahkah ianya boleh berlaku tidak kira waktu dan tempat bak kata pepatah, malang tidak berbau.

Jika sentuh tentang ajal, sememangnya ia tidak cepat dan tidak lewat walaupun sesaat. Andaikata belum takdir untuk nyawa berpisah dengan badan, berlakulah insiden yang teruk sekali pun, tetap terselamat dengan izin Allah.

Namun andai kata takdir bahawa nyawa perlu ditarik maka berlaku insiden yang kecil sahaja pun mampu menghantar kita ke negara abadi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penunggang motosikal nyaris digilis lori selepas tergelincir lalu terjatuh di atas jalan raya ketika cuaca hujan mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman dashcam tersebut, lelaki itu kelihatan hilang kawalan oleh kerana hujan yang membasahi bumi namun bagaimana pun lelaki itu segera bangun dan menyelamatkan diri apabila sedar ada sebuah lori panjang dibelakangnya sedang membrek kecemasan meluncur menuju ke arahnya.

Video yang tular:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku dek kerana insiden tersebut.

Dalam masa yang sama, para netizen menyifatkan bahawa lelaki terbabit tidak nampak panik dan mempunyai refleks yang cepat semasa lori itu bergerak menuju ke arahnya. Sekaligus ia membantu lelaki itu bertindak cepat menyelamatkan dirinya sendiri.

Berikut merupakan komen warga maya:

“aku yang tengok ni pula yang cuak.. syukur Allah lindung hang bro..”

“beza sesaat memisahkan maut dan kecederaan parah”

“ada sebab kenapa motor dinasihatkan pandu lorong kiri atau masuk lorong khas motor”


Fuhh, seriau tengok, tak boleh bayangkan apa jadi kalau owner dashcam ni keluar juga.