Duit Milik Ibu ‘Lesap’, Lelaki Ambil Kesempatan Mencuri Gara-Gara Ibu Tertinggal Kad Bank

Sudah tentu ramai daripada kita sering ke mesin ATM atas urusan pengeluaran atau kemasukkan wang.

Bagaimana pun, kes tertinggal kad debit sewaktu menggunakan mesin ATM bukanlah satu perkara yang asing pada masa kini apatah lagi jika ia digunakan oleh orang yang sudah berusia.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter iaitu Ustaz Luqmanul Hakim berkongsi klip rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun ibunya pada petang semalam mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, ibu kepada Ustaz Luqmanul terlupa untuk mengambil kad debit setealah selesai mengeluarkan penyata resit daripada mesin ATM.

Disebabkan itu, lelaki yang berbaju hitam yang beratur di belakang ibunya mengambil kesempatan dengan meneruskan transaksi serta mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun ibu Ustaz Luqmanul.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu seolah-olah tidak mengenal erti halal dan haram sesuatu perkara.

Bukan itu sahaja, malah ada juga para netizen yang menegaskan bahawa perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan masyarakat.

Berikut merupakan komen warga maya:


“Minta kerjasama & jasa baik anda semua utk bantu sebarkan gambar lelaki ini. Wang ringgit itu sgt bermakna buat ibu saya yg telah berpencen utk perbelanjaan harian.”

Sama-sama kita doakan agar urusan Ustaz Luqmanul dan ibunya dipermudahkan urusan serta pelaku yang bersalah dapat ditangkap dan dikenakan hukuman wajar.