Seram! Pendaki ‘Terserempak’ Lembaga Putih Di Atas Gunung, Tempat Sama Pesawat Hilang

‘Terjumpa’ dengan makhluk dari alam lain merupakan perkara yang paling tidak diingini oleh ramai.

Iospital phone repair gombak

Lagi-lagi bila berseorangan pada waktu malam . Luruh jantung dibuatnya kalau ‘benda’ tu munculkan diri dengan wajahnya yang serba buruk.

Persis yang terjadi kepada seorang pendaki gunung di Indonesia apabila bertembung dengan lembaga putih mirip kuntilanak.

Namun yang anehnya, makhluk tersebut bertenggek di bahagian atas gunung pada waktu siang!

Video tular yang dimuat naik oleh Indra Giordiola di TikTok itu memaparkan dia dan seorang lagi rakannya sedang mendaki gunung tertinggi di Indonesia iaitu Gunung Salak.

Menurut laporan yang dibuat media negara itu, ketika di tengah perjalanan pendakian, pendaki itu telah dikejutkan dengan penemuan tersebut sehingga terperanjat malah berasa seram sejuk.

Berdasarkan momen yang sempat dirakam oleh kamera telefon pintar pendaki tersebut, jelmaan itu berwarna serba serbi putih.

Walaupun pendakian dibuat pada siang hari, namun jika seseorang menemui sosok tersebut di tengah-tengah hutan yang tebal pasti ianya akan menakutkan.

Walaupun penemuan yang menakutkan itu berjaya dirakam oleh pendaki dari jauh, tetapi sosok putih yang disyaki kuntilanak itu gagal dirakam dengan jelas meskipun sudah dibesarkan berulang kali.

Selain tular di TikTok, video ini juga dikongsikan semula di Instagram @pendakibansel. Jumlah tontonan pada kedua-dua platform berjaya mencecah sehingga jutaan views!

Meninjau ke ruangan komen, walaupun individu yang menonton tidak berada di situ, mereka turut dapat merasakan seram.

Malah menurut seorang pengguna TikTok, gunung tersebut memang merupakan kawasan ‘keras’ menyebabkan hilangnya sebuah pesawat pada beberapa tahun lepas.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“funfact: di gunung Salak jangankan tragedi pesawat hilang. burung burung aja tidak ada yg berani terbang melewati area itu. ( area hilang nya pesawat”

“itu apa?”


“aku dengernya”yng ada di hutan hallo”😭”

“naik gunung salak via cimelati emng banyak gangguan kak”

“itu siapa 😭”

Video yang tular di laman TikTok dan Instagram

@indragiordiola Membalas @ndutgeboy ini bukan kaka? hehehe#fypシ #viral ♬ suara asli – indra giordiola

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANDUNG SELATAN (@pendakibansel)