“Order Air Secawan, Duduk 5 Jam” Netizen Tak Puas Hati McDonald’s Putrajaya Jadi Tempat Study Pelajar, Minta Pihak Restoran Ambil Tindakan

Menyiapkan tugasan di McDonald’s nampaknya sudah menjadi kebiasannya bagi mahasiswa mahupun pelajar sekolah.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu, pernah tular di mana pelanggan restoran makanan segera berkenaan berasa terganggu dengan ‘longgokan’ mereka ini sehingga menggangu keselesaan.

Isu yang tidak berpenghujung ini sekali lagi tular setelah seorang individu membuat aduan terhadap anak-anak muda yang menjadikan McDonald’s sebagai tempat untuk menyiapkan assignment.

“McDonald Presint 2 (Putrajaya) bukan tempat untuk anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau assignment. Orang datang situ nak makan (tapi) takde tempat.

“Order air secawan, duduk (sampai) lima jam. Parah,” luahnya dalam Facebook Komuniti Putrajaya.

Bagaimanapun, aduan itu menerima pelbagai respons daripada pengguna Facebook sendiri. Ada yang berpendapat agar pengadu mengalah berbanding mereka berpeleseran.

“Mengalah sajalah daripada diorang berpeleseran tak ketahuan. At least and not last, ada ciri-ciri keselamatan dalam premis tersebut dan ramai orang sentiasa ada. InshaAllah. Maafkan diorang ye,” komen pengguna Facebook.

Namun, kenyataan tersebut dibidas semula oleh pengadu yang menegaskan keutamaan perlu diberikan kepada pelanggan yang ingin menikmati makanan di situ.

“Tak boleh juga. Kesian orang datang nak makan. Makanan sudahlah mahal, nak pergi makan tempat lain ambil masa juga nak cari. Ini tidak, tingkat atas dan bawah diorang conquer,” katanya.

Ketika meneropong ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan isu yang diutarakan pengadu.

Tak kurang juga yang memberikan cadangan agar pihak berkuasa dapat menyediakan tempat belajar yang lebih kondusif buat pelajar.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Ada perpustakaan kt 14 tu tp tak leh mkn minum. Nk kena banyak kn lg perpustakaan dan yg boleh mkn minum.mekdi ni tak leh larang mereka ni sbb dia beli situ.”

“Putrajaya ada library awam ke? Kesian jugak dgn budak2. Kesian jugak dgn yg nak makan. Mungkin YB dan Perbadanan boleh fikirkan alternatif utk budak2 sekolah nak buat assignment berkumpulan.”


“Ye..kdg2 yg dh hbis mkn.. Pon bertapa kat situ berejam2.. Org baru masuk nk mkn. Dibiar kan terpinga2 cari meja kosong. Akai tkda ka!?”

“Setuju sgt..siap depa bawa laptop charge semua..macam bilik sendiri😅