“Sentuhan karya agong..” Tulisan Ilustrasi Sejarah Melayu Hasil Tangan Emma Maembong Buat Ramai Kagum

Mesti ada yang tidak mengetahui bahwa pelakon terkenal Emma Maembong ini sememangnya bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang lakonan namun dia juga sebenarnya berbakat besar dalam seni lukisan. Pelakon ini juga pernah mengakui melukis adalah hobinya tetapi jarang mendedahkan perkara itu. Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya tentang bakat seni yang diwarisi oleh Emma ini.

Siapa sangka bakat tersebut datang daripada bapanya Ismail Embong, nama yang cukup dikenali dalam kalangan orang seni. Beliau juga pernah menghasilkan karya seni memaparkan lima bekas perdana menteri Malaysia sebagai pendekar yang dipamerkan di PWTC.

Terbaharu, Ismail Embong yang juga dikenali sebagai Tokoh Pelukis Negara ini telah memuat naik satu perkongsian dimana dia mengimbau kembali kenangan semasa anaknya yang sedang membantu menyiapkan tulisan dan teks ketika pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia pada sekitar tahun 2012.

Menerusi hantarannya di laman Facebook , beliau mengatakan ramai yang tidak percaya tulisan Sejarah Melayu di lukisan tersebut adalah hasil tangan Emma Maembong.

“Ramai terkejut dan kurang percaya bila ayoh beritahu yg tulisan text Sejarah Melayu (SM) di lukisan terpanjang dunia itu adalah tulisan Emma.. “ katanya.

“Ayoh diberi ruang ini oleh Kementerian pd 2005 untuk berkarya. Dlm foto ini Emma sdg menulis teks SM pd lukisan terpanjang dunia dipertengahan 2012. Pengunjung tidak pedulikan dia yg tekun menulis kerana dia belum dikenali, belum ceburi bidang lakon. Dia masuk bidang lakon akhir 2012 beberapa bulan lepas kerjanya disini selasai dan ayoh ‘bebaskan’ dia…” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Ismail Embong telah diberi peluang dah ruang oleh Kementerian pada tahun 2005 untuk berkarya. Gambar-gambar tersebut memaparkan beberapa karya seni dan dilihat kelibat Emma yang sedang duduk sambil menulis walaupun ada beberapa pengunjung, dia tetap tekun menyiapkan karya berkenaan.

Selepas beberapa bulan tugasnya selesai, pada akhir tahun 2012 juga Emma telah menceburkan dirinya dalam bidang lakonan.


 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapah tahniah kepada Ismail Embong kerana bakatnya lukisannya diwarisi oleh Emma Maembong. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan karya anak beranak ini ‘sentuhan karya agong’.

Antara komen warganet:

“Tahniah. Menarik sangat jika ada peluang melawat galeri hasil sentuhan anak beranak ini…”

“Terbaik and hebat ayoh dan anak beranak..”

“Sentuhan karya agong. Tahniah ayoh dan Emma..terbaik..”

“MasyaAllah, Tabarakallah. Tahniah ayahnya kerana berjaya mencungkil potensi si anak. Moga diberkati segala hasil usahanya..”

Perkongsian yang tular di laman Facebook: