“Senang2 buat duit” Kecoh Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, Netizen Syak Sesuatu ‘Tak Kena’

Kemeriahan Expo MAHA 2022 di MAEPS Serdang, Selangor sememangnya tidak dapat dipertikaikan.

Acara yang berlangsung pada 4 Ogos sehingga 14 Ogos 2022 ini dihadiri pelbagai jabatan dari serata negeri berganding bahu memberikan ilmu dan menjual pelbagai hasil pertanian serta penternakan kepada pengunjung.

Pun begitu, situasi menjadi sedikit tegang apabila dikatakan timbul isu tempat parkir kereta pengunjung yang dikatakan tidak jelas arahan di mana mahu parking kenderaan mereka.

Menerusi satu video di laman TikTok, dapat kita lihat dimana seorang individu memaklumkan supaya jangan meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

Difahamkan pengunjung perlu membayar RM5 satu kereta untuk masuk ke perkarangan expo ini namun ruang untuk parkir kenderaan mereka itu dikatakan tidak jelas.

Hal ini menyebabkan salah faham dan kenderaan mereka telah ditunda malah lebih menyedihkan, mereka perlu membayar RM100 untuk mendapatkan kembali kenderaan mereka.


Katanya juga pengunjung yang mana kereta mereka ditunda itu tidak tahu yang tempat parking itu adalah khas untuk bas kerana tiada sebarang papan tanda.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pihak media yang hadir untuk membuat liputan turut terkena tempias apabila kereta mereka ‘lesap’ ditunda.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena. Manakan tidak, tiada papan tanda, tiada palang malah tiada pemberitahuan, tahu-tahu kereta sudah pun ditunda.

Antara komen warga maya:
“Patut bersusun dekat 6 biji towtruck semalam”


“Bisnes juga tu untuk geng towing cari makan hahaha..Event towing maha buka job”

“Senang2 penganjur buat duit”

“1 kereta RM100. Tak de sign tak de palang. tapi tow truck lincah. Sesuatu sangat”

Video yang tular:

@kecik_huhu Membalas kepada @sapeahmarkonah ♬ bunyi asal – 🐊🐊BUAYA DARAT🐊🐊

@mediavariasi Pergi nak buat liputan di MAHA 2022,nak balik kereta hilang kena towing walhal da bayar charge parking. dah ikut instruction pon boleh parking kat mana.still kena kompaun RM100. #maha2022 #foryou #viral #towing #maeps ♬ original sound – Media Variasi