Rumah yang cantik dan kemas pastinya memberi akan memberikan keselesaan kepada penghuninya.

Langsir juga merupakan aksesori wajib yang perlu ada dalam sebuah kediaman. Jika tiada langsir, bagaikan tidak sempurna ruangan yang ada.

Tip langsir kemas dan tersusun rapi

Pelbagai jenis langsir terdapat di pasaran yang menjadi pilihan ramai bergantung kepada citarasa masing-masing.

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh seorang pengguna bernama Lia Johari  berkongsi tip menjadikan langsir anda sentiasa dalam keadaan yang kemas.

Untuk memastikan langsir eyelet yang digantung sentiasa dalam keadaan yang tersusun, ini tip yang genius oleh Lia Johari.

“Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan. Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna cawan plastik je”.

Cara-caranya adalah

  1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.

2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.

Nota : boleh lihat step pada gambar.

“Saya sertakan gambar langsir sebelum memasukkan cawan plastik. Boleh nampak keadaan langsir senget sana sini”.

“Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress saya” tulisnya.

1. Guna plastik cup macam ini.

2. Potong cawan plastik guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cawan tersebut.

3. Masukkan cawan yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.

Ini gamabr langsir selepas memasukkan cawan-cawan tadi. Siap! langsir nampak lebih kemas dan tersusun.


Selamat Mencuba!

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.