“Semuga syurga tempat kamu Bro Tan Foo Hock” Dijemput Ilahi Sehari Selepas Lafaz Syahadah

Hidayah itu datang daripada Allah, Dia memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Sebagai manusia kita tidak dapat menduga bagaimana pengakhiran hidup setiap individu di dunia ini kerana semua itu merupakan rahsia Allah.

Perkongsian menyentuh hati

Begitu juga dengan ajal, jodoh dan rezeki seseorang itu merupakan rahsia daripada Allah S.W.T.

Satu perkongsian yang menyentuh hati oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Othman Abu Bakar.

“Dilapurkan seorang berbangsa Cina yang mana keluarga nya warga USJ17, lafazkan syahadah semalam, dan meninggal dunia pagi ini”.

“Semuga syurga tempat kamu Bro Tan Foo Hock. Alfatihah” tulisnya.

Lelaki tersebut baru sahaja memeluk Islam

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook mengenai kematian seorang mualaf berbangsa Cina.

Menurut sumber, lelaki tersebut didakwa meninggal dunia selepas sehari memeluk agama Islam.

Selain itu, Othman turut mendoakan agar jenazah lelaki yang dikenali sebagai Tan Foo Hock ditempatkan di syurga.

Rata-rata warganet mengucapkan takziah 

Diakhir coretan ringkas tersebut, sumber telah menyatakan bahawa tidak siapa yang mengetahui kesudahan hidup seseorang seperti yang terjadi kepada saudara baru kita itu.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian mualaf itu yang pulang bertemu Penciptanya di bulan mulia.

Mereka juga mengagumi kebesaran Allah dengan apa yang telah terjadi dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman dan kisah ini menjadi contoh kepada kita semua