“Semua pecinta kucing akan takut saat ni” Reaksi Wanita Ini Menangis Kerana Kehilangan Kucing Undang Sebak Netizen

Jika sudah namanya pecinta kucing, pastinya mereka akan melakukan apa sahaja untuk melihat kucing aktif dan sihat kerana ada dikalangan pecinta kucing yang menjadikan kucing sebagai kawan baik. Manakan tidak, terkadang kucing juga memiliki telatahnya yang tersendiri yang mampu membuatkan kita terhibur.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang sangat beremosi jika kucingnya pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya apatah lagi jika yang sudah bertahun-tahun tinggal bersama.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini menangis teresak-esak di dalam kereta sambil mendukung kucingnya yang sudah tidak bernyawa mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @gulakapashanna, kelihatan dia berulang kali memeluk si bulus itu dengan harapan ianya hanya sekadar mimpi sahaja.

Dia juga menyifatkan dia telah pun kehilangan teman setia pada 8 ramadhan dan hanya pecinta kucing sahaja yang faham perasaannya yang kehilangan kucing tersayang.

“Aku kehilangan teman setia suka duka.. pencinta kucing yang akan faham” ujar wanita ini di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@gulakapashannaAku kehilangan teman setia suka duka🥺 pencinta kucing yang akan faham♬ original sound – mek.fa 🕊

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 93.7K tanda suka, 7223 komen dan 2245 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat wanita tersebut yang tidak mampu menahan sedihnya kerana kehilangan kucing tersayang.

“Bayangkan dia main kucing tu sejak umur dia setahun dan skrg umur dia 20 tahun… 20 tahun bersama..sakit tu ” ujarnya

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama disaat kehilangan kucing yang telah pun dianggan peneman setia.

Berikut merupakan komen warga maya:

“part ni paling tak kuat.. teringat kucing saya pergi sebab parvo & FIP.. lepas sekor sekor pergi.. menangis hari2”

“kita jaga dia dari kecik sampai la besar.. tiba masa dia saat macam ni la perit untuk hadap”

“semua pecinta kucing takut akan saat ni..”


“aku hiang kucing pun dah tak senang duduk apa lagi tak bernyawa..”

“sebab tu la dah tak bela kucing. kematian kucing tu boleh buat kita sedih sangat… bengkak mata seminggu..”