Gembira Elly Mazlein Berjaya Meriahkan GV9, Jihan Muse Ambil Keputusan Untuk Berehat Buat Seketika

Pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa ini sememangnya cukup dikenali ramai dalam dunia hiburan.

Apatah lagi dengan gelagat dan lawaknya yang santainya sering menghiburkan penonton serta peminat apabila muncul dalam mana-mana rancangan.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Selebriti Komedi Pilihan Online di Anugerah Pilihan Online 2016.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, pengacara yang berusia 39 tahun itu telah mengambil keputusan untuk berehat seketika dari sebarang pembabitan industri seni kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarganya. Tambahan pula, anak keduannya juga baru sahaja dilahirkan bulan September lalu.

Memetik laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan oleh Laugh Out Loud Entertainment yang juga merupakan pengurusan bakat dinaugi oleh Jihan menerusi satu kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Laugh Out Loud Entertaiment yang dikenali sebagai Abdul Afiq Abdul Wahab mengatakan Jihan kini berehat seketika.

“Perkara utama yang Jihan buat adalah keputusan untuk dia tidak bersama-sama dalam program Gegar Vaganza 9 (GV9 kerana dirinya yang masih sarat mengandung pada minggu pertama pentas saingan bermula, sekali gus menunggu masa kelahiran anak keduanya…”

“Buat masa sekarang, Jihan masih berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak kedua yang baru lahir. Termasuk, dia juga masih dalam tempoh berpantang ketika ini…” katanya

Walau bagaimanapun, Abdul Afiq memberitahu Jihan turut meluahkan rasa gembira ketika menyaksikan program Gegar Vaganza musim ke-9.

Malah Jihan juga menyifatkan artis serba boleh Elly Mazlein atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom itu telah menggalas tugasnya dengan baik sekali meskipun mempunyai cara tersendiri.

“Kak Lina berjaya meletakkan GV9 sebagai program tv yang sentiasa ‘trending’ (sohor kini) di semua platform media sosial. Jihan amat bersyukur kerana penerimaan penonton masih lagi tinggi pada tahun ini malah makin meningkat…” ujarnya lagi.