Sempoi Satu Family Pakai Tema Hitam, Majlis Resepsi Pengantin Ini Curi Perhatian Warganet

Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.

Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, makeup yang on point, makanan catering yang lazat dan busana yang indah.

Bila kita cerita bab busana pngantin, sudah pasti selalunya pengantin akan meletakkan tema buat ahli keluarga atau ‘bridemaids’ bukan? Manakan tidak, ianya akan mencantikkan lagi sesebuah gambar untuk dijadikan kenangan. Namun, tidak semua ahli keluarga akan bersetuju kerana setiap orang memiliki cita rasa masing-masing.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baur-baru ini dimana pasangan mempelai menggayakan busana kahwin serba hitam ala-ala Men In Black mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @belllazul, kelihatan dia berkongsi momen indah semasa majlis resepsinya yang dijalankan secara kecil-kecilan beberapa hari lalu.

Apa yang lebih menarik adalah, ahli keluarganya juga bersatu hati pakat pakai baju hitam bagi memenuhi permintaan pengantin demi meraikan intimate wedding.

Difahamkan, majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat saja serta bertemakan konsep Men In Black dan Black Is Beauty.

Tampak sangat elegant dengan pakaian serba hitam, majlis itu dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara untuk ahli keluarga seperti catwalk, cabutan bertuah dan menyanyi beramai-ramai.

Video yang tular di laman TikTok:

@belllazul Reply to @narda22595 ♬ Akad – Payung Teduh

@belllazul

All black with cousin🖤ada lagi cousin yg takda dalam video ni😂

♬ EarthDefenseForceChallenge – Emetsound_music

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 358.5K tontonan, 46.9K tanda suka, 667 komen dan 1737 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji telatah ahli keluarga pasangan pengantin ini yang sporting dan tidak kisah dengan tema yang dipilih oleh pengantin.

“Ni kalau ibu ayah I, mula lah dia keluar salasilah keluarga adat Melayu apa kebenda tah” – Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga turut memberikan pandangan masing-masing tentang konsep sempoi pemakaian serba hitam itu.

Berikut merupakan reaksi warga maya: