Sempat Muatnaik IG Story Beritahu Tertidur Atas Motor, Penuntut UPM Maut Kemalangan

Pemergian secara tiba-tiba apatah lagi membabitkan seseorang yang masih muda belia pasti mengejutkan ramai.

Walau bagaimanapun, ajal maut yang sudah tertulis tiada siapa yang mampu dan dapat mengelaknya.

Satu kemalangan menimpa penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Amin Faiz Nohani telah meninggalkan kesan mendalam buat keluarga dan rakan yang mengenali Allahyarham.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter apabila rakannya meninggal dunia semasa sedang menunggang motosikal kerana mengalami microsleep ketika berada di jalan raya.

Menurut FazliRashid97, rakannya yang dikenali sebagai Amin Faizz telah meninggal dunia dalam kemalangan jam 3 petang semalam semasa dalam perjalanan dari Kluang, Johor menuju ke UPM sebelum motosikalnya terbabas di Linggi, Negeri Sembilan.

Allahyarham ditimpa kemalangan di KM240 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur (susur Pedas/Linggi) dipercayai terbabas sendirian.

Dia dipercayai dalam perjalanan pulang dari rumah ke kampus UPM di Serdang.

Sempat upload Instagram story

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, Amin sempat memuat naik foto motosikalnya di bawah jambatan di tepi jalan dipercayai berhenti rehat untuk seketika.

Allahyarham turut mengatakan bahawa sudah dua kali mengalami microsleep dan terpaksa memberhentikan motosikal.

Namun, tanpa disangka foto tersebut adalah perkongsian terakhirnya apabila dia benar-benar terbabas disebabkan perkara itu sehingga kehilangan nyawa.

Luangkan masa dengan rakan sehari sebelum

Seorang rakan mangsa dikenali Aizam Ai ada memuat pos di Facebooknya meluahkan rasa sedih apabila tidak menyangka Sabtu lalu adalah saat terakhir dia dan rakan lain bertemu arwah yang dikenali 17 tahun lalu.

Rakan-rakan turut bersedih


Rata-rata rakan Allahyarham meluahkan rasa terkejut dengan pemergiannya yang disifatkan secara tiba-tiba.