Kerajaan Tegas Sekat Kemasukan Pelarian Rohingya – Menteri

Isu Rohingya terus menjadi topik perbualan hangat di media sosial dan kerajaan dilihat mengambil serius berkenaan isu tersebut.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan tegas dengan pendirian untuk menyekat kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.

Penyelesaian terbaik hantar mereka pulang

Ujar beliau lagi, kerajaan juga masih kekal dengan pendirian bahawa penyelesaian terbaik adalah untuk menghantar mereka pulang dengan Kementerian Luar telah diminta untuk berbincang mencari jalan bagi merealisasikan perkara itu.

“Kita juga minta Kementerian Luar untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana banyak negara di dunia yang bercakap tentang kemanusian, namun tidak menerima mereka.”

“Jika benar mereka memperjuangkan isu kemanusiaan, saya cabar mereka untuk ambil Rohingya di Malaysia”.

Layanan baik Malaysia penyebab negara menjadi pilihan

Ini kerana mereka ini banyak mempersoalkan dan mengkritik kita,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3 di sini, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan layanan baik Malaysia sebelum ini menyebabkan negara ini menjadi pilihan pendatang Rohingya.

“Masalah pendatang Rohingya yang dianggarkan seramai 200,000 orang di negara ini” lapor Bernama.

Bawa pelarian Rohingya ke negara masing-masing

“Ia akan selesai jika semua negara maju yang lantang mengkritik Malaysia mengambil serba sedikit pelarian itu untuk dibawa ke negara masing-masing”.

“Kita beri layanan yang baik daripada aspek kemanusian, malah kita antara yang terbaik di dunia”.

“Jika ada bencana di negara lain, kita yang pantas menghulurkan sumbangan dan bantuan” ujar beliau.

Dunia menolak Rohginya ke Malaysia untuk diselesaikan

“Namun jangan disebabkan kita bersikap baik, seluruh dunia menolak isu Rohingnya ini kepada Malaysia untuk diselesaikan,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan kerajaan akan terus memperketatkan sempadan negara termasuk di laluan tikus.

Ia menjadi laluan masuk pendatang asing tanpa izin bagi memastikan Malaysia tidak terus menjadi lokasi tumpuan warga asing.

Semoga dengan langkah yang diambil kerajaan ini dapat membendung penularan warga asing ke negara kita.