Seminggu Lagi Nak Raya, Pemandu Grab Dijumpai Sudah Tidak Bernyawa

Semalam tular satu tweet dari seorang rakan kepada pemandu grab yang hilang dan memberitahu orang awam jika mereka ternampak kawannya itu. Kereta mangsa ditemui tetapi terdapat kesan darah didalam kereta mangsa.

Ia menjadi tanda tanya semua kemana pemandu grab itu pergi dan adakah mangsa dalam keadaan selamat. Hari ini pula. kita dikhabarkan terdapat satu penemuan mayat seorang lelaki di kawasan kampung Shahbandar.

Sehubungan dengan itu, Polis telah memanggil ahli keluarga untuk proses mengenal pasti sama ada penemuan mayat yang ditemui itu mempunyai kaitan dengan kes pemandu grab yang hilang itu. Mayat tersebut ditemui di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu.

Selepas proses pengecaman mayat, polis mengesahkan mayat yang ditemui petang ini adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. Penemuan mayat itu ditemui oleh penduduk kampung dan mereka melaporkan kepada pihak polis pada pukul 3.30 petang

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, satu penemuan mayat seorang lelaki dilaporkan kepadanya yang dijumpai dikampung terbabit.

Ujarnya lagi, mayat telah dihantar ke hospital dan ahli keluarga dipanggil untuk proses pengecaman dilakukan untuk pengesahan identiti mangsa tersebut.

Mayat terbabit sudah dihantar ke hospital dan kami sudah memaklumkan kepada ahli keluarga pemandu Grab yang hilang sejak Jumaat lalu untuk proses pengecaman sama ada mayat itu adalah pemandu Grab atau sebaliknya.

Sehubungan dengan penemuan mayat itu, orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu kerana ia masih dibawah siasatan pihak berkuasa.

Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan polis,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Walk About di Bazar Ramadan Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.

Selain itu, seorang adik sepupu mangsa yang hanya mahu dikenal sebagai Mira 27  berkata, ahli keluarga sedang menuju ke lokasi penemuan itu di pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Mereka diberitahu oleh pihak polis penemuan seorang mayat lelaki dan mereka sekeluarga dimnta datang untuk megenal pasti mangsa adalah ahli keluarga mereka yang hilang.

Setengah jam lalu, kami dimaklumkan pihak polis terdapat satu mayat ditemui di lokasi dan ahli keluarga mangsa diminta ke lokasi untuk membuat pengecaman.

Buat masa ini, kami belum dapat memastikan mayat ditemui itu adalah ahli keluarga kami yang hilang atau sebaliknya,” katanya.

Semalam berita ini telah tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang yang dikenal sebagai  Mohd Hanafiee Jaafar, 27. Mangsa dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan mangsa gagal dihubungi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.


Walaubagaimanapun, kereta mangsa ditemui pada jam 12.30 tengah malam Ahad lalu di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar.

Kereta mangsa turut ditemui dengan kesan darah dibeberapa bahagian dalam kenderaan di stereng, pintu depan, cermin dan brek tangan dan kereta didapati masih berkunci.