Selepas Jadi Hos GV9, Elly Mazlein Kini Jadi Penyampai Radio Era Fm?

Sejak kebelakangan ini, nama Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom sering menjadi perbualan hangat netizen di platform media sosial.

Lebih-lebih lagi dengan gelagatnya apabila mengacara program kesukaan ramai iaitu Gegar Vaganza. Walaupun ada yang mengecam namun kebanyakannya daripada mereka masih lagi menyokongnya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini satu berita baik yang disampaikan oleh pihak radio era Fm telah mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan Kak Lina PomPom sebagai salah seorang penyampai radio di konti tersebut di laman Instagram.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, menunjukkan Kak Lina Pom Pom yang bakal mengendalikan segmen Carta Era 40 bermula selasa ini setiap sabtu.

Dalam pada itu, mereka juga mengucapkan selamat datang kepada Elly Mazlein yang sudah menjadi sebahagian daripada ‘family’ stesen radio tersebut.

“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys. Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Kak Lina Pompom yang kini sudah bergelar penyampai radio dan mendoakan agar pengacara ini sentiasa sukses dalam kerjayanya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut teruja dengan berita tersebut kerana dapat mendengar celotehnya di corong radio tersebut.

Antara komen warga maya:

“Tahniah Kak Lina. Good Luck and semoga sentiasa sukses dan berjaya.”


“Alhamdulillah, rezeki kak lina pompom semoga sukses, sayang..”

“I jarang dengar radio Era because of Kak Lina Pompom i will tune in…i like her celoteh tengah stress-stress driving jalan jam sejuk sikit hati kan?..”

“Tahniah kak lina pompom makcik suka semuanya dari berlakon..mengacara..menyanyi..moga sukses..”

“Tahniah @iamellymazlein ! You can do it ! Biasanya kalau introverts akan menyerlah tanpa disedari..i like your selamberness on stage..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)