Fareed K-Clique Sah Bergelar Suami, MK Nikahkan Sahabat Baik Dengan Kakak

Tidak dapat dinafikan, kumpulan hip-hop Malaysia terkenal, K-Clique yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Sabah ini cukup popular di kalangan anak muda. Malah persabahatan dan kearakban mereka sememangnya tidak perlu disangkalkan lagi.

Bukan itu sahaja, lagu-lagu hits mereka seperti “Lane Lain Line”, “Sah Tu Satu”, “Mimpi” dan lain-lain juga sudah mengumpul jutaan tontonan di laman YouTube.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu FareedPF atau nama sebenarnya Fareed Saddi telah selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya Siti Hawa yang juga merupakan kakak kandung kepada MK.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta ahli anggota kumpulan lain Somean, KDeaf, Nasty Nas, dan Gnello yang tampil berbaju serba putih.


Berita tersebut telah dikongsikan sendiri oleh abang kepada Fareed, Sabhi Saddi yang juga merupakan penyanyi terkenal di laman Instagramnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya ini, memaparkan suasana yang tenang sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Dalam pada itu, Siti Hawa telah menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Difahamkan, penyanyi rap, komposer dan penari berbakat besar Fareed Saddi ini telah dinikahkan sendiri oleh sahabat baiknya MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan yang mewakili bapanya.

Di dalam video tersebut, MK juga dilihat sempat memberikan ucapan ringkas kepada pasangan sejoli itu dan meminta tetamu yang hadiri untuk mendoakan kebahagiaan adik iparnya.

“Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga kita semua pun menuju ke syurga yang indah. Insya-Allah,” kata MK.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah kepada pasangan Fareed Saddi dan Siti Hawa yang telah sah menjadi suami isteri.

Antara komen warga maya:

“Tahniah @hairiwhuut dapat abang ipar..”



“Alhamdulillah…tahniah abang dapat adik ipar baru..”

“Alhamdulillah..Tahniah @fareedpf selamat pengantin baru..”

“thank you bang untuk livenya..tahniah & selamat pengantin baru..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mr Sabhi 🇲🇾 (@sabhisaddi)