Selamba Berdiri Tercegat ‘Cop’ Parking, Aksi Wanita Ini Buat Netizen Berang

Dalam kehidupan seharian, sudah pasti kita dikelilingi oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dan sangat tidak sopan terhadap pengguna jalan raya yang lain

Perbuatan cop parkir di tempat letak kereta awam memang salah satu jenis kesalahan yang sering kali dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sama juga seperti kisah yang tular ini dimana seorang wanita mencuba nasib dengan berdiri di dalam kotak parkir untuk ‘cop’ parking mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, dapat kita lihat kotak parkir tersebut masih kosong namun ada seorang wanita berada di tengah kotak parking tersebut kerana ingin ‘cop’ parking.

Pada awalnya, tak nak bagi kenderaan lain masuk ke parking berkenaan sambil membuat isyarat tangan bahawa ada kereta yang akan memasuki kotak parking itu.

Pun begitu akhirnya wanita tersebut beredar setelah pemandu kereta ini berkeras ingin parking di situ.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan sikap wanita tersebut yang berdiri di situ sedangkan orang lain bersusah payah ingin mencari parking.

Bukan itu sahaja malah netizen juga menganggap bahawa trend ‘lapuk’ ini sewajarnya dihentikan malah menyeru orang ramai agar tidak mementingkan diri sendiri.

“Walaupun Perempuan Selalu betul… Tapi kita jangan mengalah dengan orang yang suka cop parking mcm ni.Kereta mana yang sampai dulu,Itu hak dia utk masuk parking tu dulu.”

Sikap sebegini juga merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Antara komen warga maya:

“dia cuba nasib aje tu..”


“maslaahnya kalau kita masuk parking yang depa cop, nanti besar kemungkian kereta kena toreh?dajah. Tu yang risau tu”

“bagi la RM2 kat dia bang sebab jaga parking”

“untuk kesalahan ini, dendan sehingga RM 2000 atau penjara sehingga 6 bulan”

Video yang tular di laman TikTok: