Sahabat adalah seorang yang setiakawan yang mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita malah dia juga adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita.

Bila berada di titik terendah dalam kehidupan atau dalam keadaan susah, Sahabat merupakan orang pertama yang akan menghulurkan tangan untuk membantu.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana gelagat dua orang lelaki yang dilihat membawa motor yang rosak menaiki motornya mencuri perhatian ramai.

Walaupun ini mungkin adalah situasi biasa dalam kalangan rider namun ramai yang memberitahu ini adalah kali pertama mereka menyaksikan situasi seperti ini.

Menerusi video tersebut, memaparkan seorang penunggang motorsikal yang membawa seorang rakannya sambil membawa sebuah lagi motor yang lain.

Menurut ‘owner’ motor, tayar motor tersebut pecah dan terpaksa diangkut seperti itu untuk dibawa ke destinasi yang dituju.

Video yang tular di laman TikTok:

@ikaleezi_ Bukan nak aip tpy abah aku teruja dia ckp 50 tahun hidup nie kali pertama 😂 tag adk nie jap gais #viral2021viralvideo🔥😘🔥 #fypシ #issekelli ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 1 juta tontonan, 77.2K tanda suka, 1490 komen dan 2367 perkongsian di TikTok

Meninjau di ruangan komen, rupanya wanita ini tidak berseorangan, ramai juga yang mengakui bahawa itu merupakan kali pertama melihat perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, warga netizen turut memuji kegigihan lelaki itu membantu rakannya yang berada dalam kesusahan itu.

Dalam masa yang sama ada juga para netizen yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui situasi yang sama.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“jiwa kental betul budak2 ni”

“moto naik moto?”

“nilai persahabatan yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit”


“10 kali tengok berserta pause baru perasan tu dua orang satu moto”

“kalau aku pon jakun..”

“friendship geng laki ni bukan biasher2 boskur”

“nak tolong tak semestinya perlu ada 4×4”

“tak sayang sahabat juga tak tahu lah”