Selamba Bawa Masuk Aiskrim Dalam Butik, Akhirnya Susahkan Pekerja & Pelanggan Lain

Seringkali kita lihat setiap premis mempunyai garis panduan mereka tersendiri. Ada yang tidak dibenarkan untuk memakai selipar ataupun kasut di dalam kedai, ada juga yang tidak boleh memakai helmet di kedai serbaneka, merokok di kawasan pam minyak dan sebagainya.
Iospital phone repair gombak
Hal ini dilakukan sudah tentu mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri terutamanya dari segi kebersihan dan keselamatan.

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan butik pakaian tidak membenarkan sebarang makanan ataupun minuman dibawa masuk kerana berkemungkinan ianya akan tumpah pada pakaian jika pelanggan cuai.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana aiskrim yang dipegang kanak-kanak tertumpah dalam sebuah butik pakaian mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hafizzdjengg, dapat kita lihat sebuah rakaman kamera litar tertutup memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang membawa masuk sebekas aiskrim dan sedang ke hulu ke hilir di dalam butik tersebut.

Dek kerana cuai, kanak-kanak itu menjatuhkan aiskrim ke atas lantai. Pekerja yang pada ketika itu sedang sibuk melipat beberapa helai tudung tergamam dan terus mengambil alatan kebersihan bagi membersihkan lantai tersebut.


Lebih serius apabila aiskrim yang terjatuh itu terkena pada kaki dan seluar pelanggan lain dan akhirnya dia yang perlu meminta maaf meskipun perkara itu bukan salahnya.

Kecewa dengan situasi tersebut, lelaki ini menegaskan pasti ada sebab mengapa pihak mereka tidak membenarkan makanan dan minuman dibawa masuk ke dalam butik pakaian.

Bukan itu sahaja, dia juga akui sudah banyak kali berpesan pada pelanggan agar tidak membawa masuk sebarang makanan atau minuman namun rata-rata daripada mereka ‘membuat muka’ sejurus ditegur.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen sempat berpesan pada orang ramai agar mematuhi SOP sebilangan kedai.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap ibu bapa lebih memantau anak-anak agar mereka tidak cuai dan akhirnya merosakkan barang jualan.

Antara komen warga maya:

“Depa tak faham keada ada terms no food drink ni pasai depa ingat tangan depa sentiasa peka pegang barang”

“Tu yang nampak depan mata, yang tak nampak, tiba2 kene pijak pastu bawak merata-rata”


“Dulu masa kerja, pernah orang tu tinggal air kencing anak dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@hafizzdjenggYang kerja kedai retails je faham😌 tu belum yg angkut sekali dengan trolley penuh barang masuk kedai kita yg sekangkang kera ni…♬ ylang ylang – 🫶🏻 • Friends