Bagi Peluang Pekerjaan Pada Pemuda OKU, Tauke Kedai Makan Raih Pujian Ramai!

Ramai dikalangan majikan pada masa kini yang mementingkan rupa fizikal seseorang untuk dijadikan pekerja namun jarang sekali kita dengar pihak mereka membuka peluang pekerjaan pada mereka yang kelainan upaya (OKU).
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana tauke kedai makan ini memberi ruang dan peluang kepada seorang pemuda OKU mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abangsambal2, dia telah berkongsi rakaman pekerjanya itu yang sedang tekun melakukan kerja.

Walaupun pemuda tersebut merupakan seorang OKU, namun kecacatan fizikalnya tidak menjadi penghalang untuk dia mencari sumber rezeki yang halal.


Dapat kita lihat, dia sedang gigih membawa sedulang minuman ke setiap meja pelanggan malah pemilik restoren itu juga kagum melihat kecekalan pemuda berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kegigihan pemuda OKU tersebut yang menjalankan tugas malah memuji semangatnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga ‘salute’ pada tuan kedai kerana memberi peluang untuk pemuda ini bekerja dan mencari pendapatan halal.

Antara komen warga maya:

“Selain adik ni.. tauke kedai pun hebat.. terima kasih kerana sudi ambil adik ni bekerja.. saya respek anda berdua”

“Kuat semangat kamu dik untuk mencari rezeki..”


“Terbaik laa.. sekarang ni, nak hidup kena rajin je.. kerja apa pun boleh buat”

“Orang sihat kena malu pada adik ni.. tahniah adik”

“Tahniah tokey kedai.. jagalah pekerja macam ni, Allah akan makbulkan doa awak amin”


Video yang tular di laman TikTok:

@abangsambal2 @Shafiq Shaudi ♬ Ojo Dibandingke Farel Prayoga X Filla Talia (Rmp Channel) – Riza Productions