“Selalu gangster sangat” Si Bulus Kaku Gara-Gara Takut Pokok Joget

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baur ini dimana memaparkan gelagat comel si oyen yang takut akan mainan pokok joget mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @sarahbilly01 ini, kelihatan seekor kucing kaku seperti patung sambil berpaut di kaki kerusi gara-gara takut pada pokok joget.

Tidak cukup dengan itu malah reaksi muka cuaknya itu juga membuatkan orang ramai terhibur.

Video yang tular di laman TikTok:

@sarahbilly01 Kesian muka dia takut🤣🤣#fypシ #kucingtiktok11 ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini idtulis, video tersebut telah meraih 82.4K tontonan, 6938 tanda suka, 259 komen dan 815 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat si bulus itu apatah lagi dia kelihatan sangat comel berpaut pada kaki kerusi untuk menyelamatkan diri daripada pokok joget itu.

“keraih teruih kat situ.. comeiii”

“alahai muka dah garang tapi takut dengan kaktus joget..”

“dah takut tak lari pulak gi jauh2, duduk je situ”


“kuat betul pokok tu menganjing ke dia”

Apa lagi oyen? biasa gangster sangat? rupa-rupanya takut dengan pokok kaktus joget! kikiki