Selalu Belanja Snek Tepi Sekolah, Suami Layan Isteri Elok Walau Dah Lama Kawin Buat Ramai Kagum

Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan pastinya mengharapkan agar orang yang dicintai akan setia sehingga ke akhir hayat malah tidak pernah berubah apatah lagi mengecewakan hati pasangan.
Iospital phone repair gombak
Walaupun pada zaman kini ianya agak sukar namun masih ada individu yang tidak pernah jemu membuat pasangan mereka gembira dan rasa dihargai.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang isteri berkongsi tentang sikap suami yang melayannya dengan baik mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @norazianmat, suaminya bukanlah seorang yang meluahkan rasa sayang melalui kata-kata, namun sebaliknya melalui perbuatan.

Dapat kita lihat, pasangan tersebut memberhentikan kenderaan setelah melihat seorang peniaga yang menjual aiskrim dan snek di teli sekolah.

Tanpa diminta, wanita itu tersentuh apabila suaminya menghulurkan dua cawan aiskrim padanya.

Menurut wanita ini, perkara tersebut menjadi tabiat suaminya yang mungkin baginya menanggap isteri masih memiliki sifat kebudak-budakkan dan perlu sentiasa dimanja.

“Bagi dia wife dia masih lagi budak-budak” ujarnya di dalam video tersebut

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu melihat kasih sayang antara mereka berdua dan berharap cinta yang dipupuk kekal hingga ke syurga.

Video yang tular di laman TikTok:

@norazianmat

♬ original sound – Umirah Taib – Umirah Taib | CEO Le Maream

Comel betul pasangan ni, untung seorang isteri jika memiliki suami yang tidak pernah jemu melayan dan tiap hati berusia untuk memberikan yang terbaik untuk si isteri.

Bagi mereka yang mempunyai pasangan, hargailah mereka dengan menunjukkan perbuatan ataupun layanan yang baik sekaligus ianya akan membuatkan pasangan rasa dihargai dan disayangi.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi tauladan dan contoh buat semua pasangan di luar sana..