Bergelar usahawan dan jutawan muda serta berjaya membawa jenama sendiri ke ‘next level’, Khairul Aming turut dikenali sebagai ‘Sifu Shopee’ kerana jualan Sambal Nyet yang sering sold out.
Famous dengan trade mark ‘Hi guys’ di setiap video, Khairul aming mula mencipta nama apabila membuat ‘30 hari 30 resipi masakan’ pada setiap kali Ramadan menjelma saban tahun sekaligus menaikkan lagi pengikutnya.
Seperti yang kita tahu, setiap resipi yang diketengahkan oleh Khairul Aming nyata mendapat sambutan dan membuatkan ramai pengikutnya ingin turut mencuba resipi tersebut malah kebanyakkan mereka memberikan komen yang sangat positif.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Khairul Aming menjadi bualan ramai ketika berkongsi sebuah video masakan nasi lemak di akaun media sosial miliknya.
Difahamkan, ramai netizen mempertikaikan penggunaan daun limau purut yang diletakkan di dalam nasi tersebut kerana kebiasaannya hanya daun pandan sahaja digunakan.
Bukan itu sahaja, netizen mendakwa cara Khairul Aming berkongsi resepi sambal nasi lemak adalah ‘malas’.
Belajar jelah dari ibu sendiri, bukannya ‘berkiblatkan’ Khairul Aming
Menerusi ruangan komen,dia turut memberi pendapat dengan menyifatkan resipi kali ini tidak sesuai dan sebaiknya ikut sahaja resipi ibunda.
Trick marketing?
Menurutnya, itu adalah salah satu cara marketing dimana khairul aming ingin menjual periuk tersebut dan sengaja melakukan sesuatu yang lain daripada lain supaya ramai melihat bahkan akhirnya tertarik dengan produk yang dijual.
Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen juga akui masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk memasak dan tidak perlu ‘bitter’ dengan masakan orang lain. Jika tidak mahu, gunakan sahaja cara sendiri.
Komen warga maya:
Bitternya, maybe he’s showing the lazy way to make nasi lemak?
— FG (@frglgrlkl) October 2, 2022
My mum pun ajar masak sambal lbh kurg mcm ni. Just blend dried chilli together with bawang holland. Just bawang holland, no garlic or serai. Different ppl different recipes, just make yours ikut u punya selera je la. Simple
— sahirahaziz (@sahirahaziz) October 2, 2022
dia punya suka lah nak masak macam mana pun. Bitter sangat apasal? You do you
— beyond_dreams🏴🏴🏴 (@beyond_dreams01) October 2, 2022
Mak ang mak ang la ni KA punya style kecoh sial tak suka takyah la tengok
— Morningstar ✨ (@Aphr0dhite) October 2, 2022
Kesiannya KA.
These days buat video memasak pon bole kena bash.
Semua orang ada cara dan resepi tersendiri.
Dia tak paksa pon orang follow resepi dia.
Of course dia buat video as content utk marketing,kita semua tau that's part of his income.— FreePalestine🇵🇸🇲🇾 (@TiadaCarut) October 2, 2022
Video yang tular:
Resepi nasi lemak yang selalu masak untuk housemates: pic.twitter.com/Ov3IyL6JCU
— Khairulaming (@khairulaming) October 1, 2022