“Sekiranya kamu tak dapat jaga, kembalikanlah kepada kami,” Pesanan Ayah Ini Buat Ramai Sebak

Hati bapa mana yang tidak pilu untuk melepaskan anak kesayangan walaupun kepada pasangannya, lebih-lebih lagi selepas akad selesai dibacakan.

Suasana sayu pastinya menyelubungi keadaan ketika itu kerana bermula dari saat itu, berpindahlah amanah Allah S.W.T yang pada awalnya diletakkan pada bahu kedua ibu bapa, kepada seorang lelaki yang bergelar sebagai suami.

Seperti satu perkongsian oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Nuhamoza telah memuatnaik satu video yang dirakam pada sebuah majlis akad nikah.

Nuhamoza berkongsi detik-detik si bapa tidak dapat menahan kesedihan dan memberikan peringatan kepada menantunya itu.

Menerusi ruangan komen, rata-rata turut merasakan perkara yang sama dan ada juga yang teringatkan kisah ketika mereka selamat dinikahkan.

“Kalau kamu datang ambil dia cara begini , Sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu , Kamu kembalikanlah kepada kami .”

 

Menurut Nuhamoza, video tersebut telah dirakam dan disunting oleh abangnya yang juga seorang jurugambar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MALAY WEDDING VIDEOGRAPHER 🎥 (@kretpictures) on

Rata-rata netizen amat tersentuh dengan kata-kata tersebut dan dapat memahami betapa si ayah terlalu sayangkan puterinya.

“Bergenang air mata sebab teringatkan arwah ayah. Lagi lah majlis tahun depan, tak dapat ayah nk tgok majlis kahwin ank dia sebab dia dh pergi dulu.”

“The time will come. Apalagi me as anak perempuan pertama dalam keluarga… Probably my dad going to say this thing to my future husband. Semoga saja bakal suami aku nnti dapat menjaga aku seperti bapak jaga aku”

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pengantin. Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.