“See you in court!” Amin Idris Tak Gentar Tuntutan RM1 Juta Dari Ustaz Abu Syafiq

Kontroversi di antara pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq dan penceramah bebas, Amin Idris berlanjutan sehingga didakwa bakal dibawa kes ke mahkamah. Kes ini bermula apabila Ustaz Abu Syafiq dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak elok kepada Ustaz Ebit Lew. Selepas itu, Ustaz Abu Syafiq mengatakan bahawa akaun Facebook beliau telah digodam. Amin Idris memberi respon tindakan [...]

isu di antara pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq dan penceramah bebas, Amin Idris berlanjutan sehingga didakwa bakal dibawa kes ke mahkamah.

Difahamkan, kes ini bermula apabila Ustaz Abu Syafiq didakwa mengeluarkan kenyataan yang tidak elok kepada Ustaz Ebit Lew.

Namun, Ustaz Abu Syafiq mengatakan bahawa akaun Facebook beliau telah digodam.

Rentetan daripada itu, Amin Idris memberi respon tindakan Ustaz Abu Syafiq dengan memuat naik status menegur perbuatan ustaz.

Status itu menjadi perhatian netizen yang rata-rata menyokong apa yang dikatakan Amin Idris.

Walau bagaimanapun, selepas membuat kenyataan itu, Amin Idris telah menerima mesej dari Ustaz Abu Syafiq agar dia memohon maaf secara terbuka.

KOYAK BETUL RUPANYA

Saya baru menerima surat dari peguam Ust. Abu Syafiq (Rasyiq Alwi). Antara kandungannya:

1. Menuntut SAYA MINTA MAAF TANPA SYARAT di semua medium dan permohonan tersebut mesti diluluskan oleh Ust Abu Syafiq

2. Ust Abu Syafiq juga menuntut RM 1 JUTA dari saya sebagai ganti rugi kerana posting saya

3. Menurut peguam Abu Syafiq, “Hasil daripada posting tersebut, anakguam kami telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat-masyarakat termasuklah beratus-ratus kecaman dan/atau ugutan dan/atau komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam.”

4. Saya diberi masa 7 HARI untuk mohon maaf dan bayar 1 JUTA kepada Abu Syafiq

JAWAPAN SAYA, tak payah tunggu 7 hari. Saman saya SEGERA! See you in court

Siapa setuju saya lawan, komen LAWAN ABU SYAFIQ.

Amin telah menerima surat dari peguam Ustaz Abu Syafiq yang menuntut dia memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari.

Dalam tempoh tersebut, Amin turut dituntut untuk membayar wang ganti rugi sebanyak RM1 juta kerana memuat naik status sebelum ini.

Namun begitu, Amin Idris tidak gentar dengan tindakan Ustaz Abu Syafiq dan bersedia untuk berjumpa di mahkamah.

Terbaru, Amin telah mengarahkan peguamnya untuk membalas surat tuntutan Ustaz Abu Syafiq.

LAWYER SAYA SUDAH BERTINDAK BALAS

Semalam, saya telah mengarahkan peguam yang mewakili saya untuk membalas surat tuntutan dari Abu Syafiq (Rasyiq Alwi)

Setelah brainstorming bersama peguam, team research, saya nekad untuk TIDAK MEMOHON MAAF & MEMBAYAR GANTI RUGI RM1JUTA seperti mana dituntut Abu Syafiq

Jadi, Ustaz Abu Syafiq… it’s official. KITA LAWAN di mahkamah. Mohon rakyat Malaysia doakan saya.