“Sedihnya tengok,” Belikan Ayam Goreng Untuk Kucing Tepi Jalan,Tapi lain Pula Jadi Bila Orang Lain Ambil

Fitrah hidup, dalam rezeki kita sudah semestinya terselit rezeki orang lain tanpa kita sedar. Tidak salah jika kita hendak berkongsi rezeki apatah lagi dengan kucing yang juga merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki membelikan makanan untuk kucing ini makan namun berlaku insiden yang ttidak disangka-sangka menyebabkan video ini mendapat perhatian ramai.

Dalam video tersebut, difahamkan suami kepada seorang pengguna TikTok @nurul.hafizah96 meletakkan ayam goreng yang baru dibelinya untuk diberikan kepada seekor kucing yang berada berdekatan dengan kedai makan tersebut.

Namun, belum sampai beberapa saat pemuda itu beredar, tiba-tiba muncul seorang lelaki berbaju biru yang mungkin gelandangan di situ mengambil ayam goreng tersebut.

Kucing itu terkejut apabila ternampak lelaki itu mengambil makanannya, manakala suami wanita berkenaan pula tergelak kerana dia tidak perasan kelibat lelaki tersebut di belakangnya.

Oleh kerana video tersebut mula ‘viral’ lelaki ini tampil bagi mengelakkan salah faham berlaku dengan menjelaskan bahawa dia telahpun mengambil keputusan untuk patah balik dan belikan makanan serta air buat pak cik berbaju biru tersebut.

“Saya patah balik dan beli makanan buat org tu serta air. Jgn cepat melatah guys..cuma tak record jek.. jgn la aa mcm ni” – @Muhamadnazy8836

Video yang tular di laman TikTok:

@nurul.hafizah96 #CapCut ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 246.7K tontonan, 8651 tanda suka, 182 komen dan 96 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap prihatin lelaki tersebut yang memberikan makanan kepada kucing dan insan yang memerlukan itu.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:


Sama-sama kita doakan agar kebaikan yang dilakukan oleh suami kepada wanita ini menjadi asbab kepada rezeki yang melimpah ruah seperti air zam-zam yang mengalir. Aamin.