“Sedih tak boleh ungkap” Baru Buat Kejutan Birthday Isteri, Suami Kini Terlantar 50-50

“BARU kelmarin (Jumaat) dia buat kejutan membawakan kek berbentuk unicorn sempena hari lahir saya, sekarang dia terlantar tidak sedarkan diri”. Demikian luah Balqis Mohd Saidi yang tidak dapat menahan kesedihannya ketika menceritakan keadaan suaminya yang kini bertarung nyawa selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu. Berkongsi cerita dengan mStar, Balqis berkata suaminya ditimpa [...]

Isteri mana yang tidak sedih apabila suami kesayangan kini bertarung nyawa akibat terbabit dalam satu insiden jalan raya.

Menurut Balqis, suaminya ditimpa ditimpa kecelakaan sewaktu dalam perjalanan ke Songkhla, Thailand dari Sungai Petani, Kedah untuk mengambil barang-barang bagi menjalankan perniagaan berkaitan alat ganti motosikal.

Lebih menyayat hati apabila suaminya baru saja membuat kejutan hari lahir dengan menghadiahkan kek berbentuk unicorn dua hari sebelum kejadian berlaku.

Baru kelmarin (Jumaat) dia buat kejutan membawakan kek berbentuk unicorn sempena hari lahir saya, sekarang dia terlantar tidak sedarkan diri”.

Menurut laporan mStar, suami Balqis baru saja menghantar mesej kepadanya pagi sebleum kejadian itu berlaku.

“Sebelum itu, pada pukul 10.01 pagi dia menghantar mesej kepada saya mengatakan dia ada di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun. Ketika itu saya sedang kerja di sebuah spa di Sungai Petani tapi pukul 10.40 pagi, saya ada hantar mesej kepadanya namun tidak dibalas.”

Namun, Balqis menerima panggilan daripada ibunya yang mengatakan suaminya dalam keadaan 50-50 setelah terlibat dalam satu kemlangan.

“Sekitar pukul 11 pagi, saya terima panggilan daripada ibu mentua tapi tak sempat jawab kerana sedang buat rawatan kepada pelanggan. Tidak lama kemudian, ibu saya pula telefon mengatakan suami saya kemlangan dan keadaannya 50-50. Memang saya tak tunggu lama, terus ambil beg dan bergerak ke rumah ibu mentua yang terletak berdekatan,” katanya.

Suaminya yang baru berusia 22 tahun, Alif Iskandar, menunggang motosikal berseorangan dan telah melanggar sebuah kenderaan yang diletakkan di laluan kecemasan.

Menurut Balqis, suaminya masih tidak sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Alor Setar.

Balqis juga memberitahu sebelum kejadian itu, dia ada menyatakan hasrat pada suami teringin kek unicorn.

Tanpa disangka suaminya membuat kejutan dengan memberikan kek tersebut pada hari lahirnya.

“Sebenarnya sebelum itu, saya ada beritahu, hari lahir saya sudah hampir dan saya teringin sangat hendak kek unicorn. Sehari sebelum birthday, saya ulang lagi dan dia jawab, tak payah lah sebab tak sempat nak tempah.

“Rupa-rupanya dia siap berpakat dengan rakan sekerja saya di spa untuk buat prank, sebelum akhirnya dia muncul bawa sebiji kek unicorn. Memang sangat terharu, tak sangka dia buat kejutan. Tapi semalam (Sabtu), dia beri ‘kejutan’ lagi,”

Menurut Balqis lagi, ia merupakan sambutan ulang tahun kelahirannya yang pertama sejak mereka bergelar suami isteri pada Disember tahun lepas.

“Sedih memang tak boleh ungkap. Saya rindu dengan usikannya, rindu untuk dia ada di sebelah. Kini tiada lagi tangan yang memeluk saya ketika tidur. Tiada lagi suara yang mengusik. Tapi saya tahu, suami saya kuat.”

Setiap kali Balqis membisikkan kata-kata di telinga suaminya yang terlantar itu, dia seolah-olah memberikan reaski dengan menggerakkan kelopak mata dan jari.

“Setiap kali saya bisikkan kata-kata di telinganya, dia akan memberikan reaksi seperti menggerakkan kelopak mata dan jari.”

Balqis juga memohon doa dari orang ramai agar suaminya kembali pulih seperti sedia kala.

“Tiada apa yang saya pohonkan melainkan ingin suami kembali pulih seperti sedia kala. Saya pohon mereka di luar sana agar sama-sama doakan kesembuhan suami saya,”

Semoga suami Balqis lekas sembuh dan dapat kembali bersama keluarga tercinta.