“Sedih bila melihat keadaan begini” Luahan DG Hisham Lihat Penyokong Najib Bersesak di Mahkamah

Semalam, satu perhimpunan di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak awal oleh para penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa yang lebih membimbingkan banyak pihak adalah rasa khuatir akan SOP penjarakkan sosial yang langsung tidak diendahkan.

Malah, mereka bersesak-sesak melaungkan sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu berhubung keputusan mengenai 7 pertuduhan melibatkan SRC International.

Dr Hisham sedih dengan situasi itu
Ekoran dari kejadian itu, ramai pihak menyuarakan kebimbangan andai kata terjadi penularan pendemik Covid-19 yang tidak dijangka.

Pada masa yang sama menerusi perkembangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kes positif sudah mulai meningkat kembali di Malaysia.

Ramai yang gagal patuhi SOP 

Mengulas lanjut isu berkenaan, Ketua Pengarah kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menzahirkan rasa sedih beliau terhadapan isu tersebut.

Meskipun orang ramai sering diwar-warkan untuk sentiasa mematuhi peraturan namun masih ramai yang gagal mamatuhi arahan SOP yang ditetapkan.

Penat KKM cakap hari-hari

Beliau turut meninggalkan komen balasan di satu kenyataan di Bernama apabila memaklumkan bahawa KKM sudah setiap hari menasihati orang ramai agar mematuhi SOP dan mencuci tangan dengan kerap agar dapat membendung Covid-19.

Namun, perhimpunan yang berlaku pagi tadi sememangnya memberikan satu tamparan hebat buat KKM dan juga rakyat Malaysia.

Ini kerana KKM dan seluruh rakyat Malausia telah sudah bersusah payah memastikan kadar positif menurun sebelum ini.

Rakyat Khuatir wujud kluster baru

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa sedih diatas apa yang sudah berlaku.

Malah, mereka juga khuatir andai ada kluster baharu terwujud hanya disebabkan perhimpunan tersebut.

Diharap semua rakyat Malaysia sama-sama berusaha untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.