Rakyat Malaysia Bertuah, Wanita Ini Tak Sangka Terpilih Tunai Haji di Kala Pandemik Covid-19

Ekoran penularan wabak pandemic Covid-19, Malaysia tidak menghantar jemaah haji pada kali ini.

Fawziya tunai ibadah haji pada tahun ini

Namun begitu, seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Beliau turut berasa bertuah terpilih pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Rezeki tiket emas 

Memetik laporan Alhijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu sukar mempercayai rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji”.

“Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya.

Malah, beliau menganggap peluang menjadi tetamu Allah SWT itu merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 28 Julai ini.

Fawziya antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih

Menerusi laporan The Malaysian Insight pula, Fawziya sekurang-kurangnya menjadi antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Alauddin Mohd Nor berkata mereka adalah pelajar dan pekerja di Arab Saudi.

“Daripada jumlah itu tiga jemaah lelaki dan lima wanita. Bagaimanapun tiada kakitangan dari Kedutaan Besar dan Konsulat Jeneral yang terpilih,” katanya.

Selain itu, Alauddin menjelaskan jumlah itu dimaklumkan sendiri oleh jemaah haji yang terlibat.

Selain itu, mereka yang terpilih terdiri daripada pelajar serta pekerja di negara berkenaan dan ibadah haji akan bermula pada 29 Julai ini.

Jemaah haji tahun ini dikurangkan kepada 1,000

Difahamkan, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi berbanding jutaan sebelum ini.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan hampir 10,000 individu yang menetap di negara itu akan menyertai ibadah tersebut pada tahun ini.

Semoga mereka yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipermudahkan.