“Sedarlah sayang anak kita tunggu” Koma Selepas Bersalin, Ibu Bayi Kembar Meninggal Dunia

Seorang wanita yang dilaporkan tidak sedarkan diri selepas selamat melahirkan sepasang bayi kembar meninggal dunia. Berita duka tersebut dimaklumkan rakan baiknya di laman Facebook. Difahamkan, arwah telah koma selama 14 hari. Sayang, biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang.. Ma ayah abah adik semua orang rindu. Sedar la sayang anak kita tunggu sayang. Biy blur [...]

Besar pengorbanan seorang ibu apabila seorang wanita yang dilaporkan tidak sedarkan diri selepas selamat melahirkan sepasang bayi kembar meninggal dunia.

Khabar duka tersebut dimaklumkan rakan baiknya di laman Facebook. Difahamkan, arwah telah koma selama 14 hari.

“Sayang, biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang.. Ma ayah abah adik semua orang rindu. Sedar la sayang anak kita tunggu sayang.

“Biy blur tak tahu nak buat macam mana. Nak tengok sayang pun tak boleh. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Ya Allah kau kuatkanlah hamba mu ini ya Allah.”

Suami Allahyarhamah, Mie Mie, telah memuat naik luahan hati memohon agar isterinya itu segera sedar.

Mie dan seluruh keluarga sangat rindukan isteri dan hanya mampu mendoakan kesembuhan.

“Sayang cukup laa tido sayang. Bangun sayang. Biy tahu sayang kuat Biy selalu doakan sayang semua orang doakan sayang.

“Anok kito sihat duo duo. Sayang sayang keno kuat. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Biy tak kuat tengok sayang keadaan gitu.

“Ya Allah hanya Engkau Maha Penyembuh Yang Maha Esa. Ya Allah aku hanya berserah padamu ya Allah.. Aminn. Anok kembar kito mesti comel macam sayang deh.”

Walau bagaimanapun, sahabat baik Allahyarhamah, Nurul Asma Salsabila menerusi perkongsian Facebook memaklumkan Nur Nasuha sudah meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi setelah 14 hari bertarung nyawa.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu anhu..
Mari tolong sama2 sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) ko adik Nur nasuha binti Shafie, dapat khabar dio mati dale kul 9 pagi takdi setelah 14 hari koma selepas dio beranok anok kembar pada 31/3/20..”

“Baby Alhamdulillah sihat sempurna dua2, dua2 baby girls.
Semoga syahid buatmu adik suha.. Aamiin”

Terdahulu, pada 31 Mac lalu, Allahyarhamah telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar perempuan yang sihat dan sempurna.

Ternyata ramai kenalan yang masih terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan semoga diberikan syahid oleh Allah SWT.