“Sedap suara Tiz..serak basah” Nyanyian Tiz Zaqyah Bersama Khai Bhar Buat Netizen Kagum

Seorang pelakon yang terkenal dengan watak Nur Amina menerusi drama Nur Kasih ini masih bergiat aktif dalam bidang lakonannya.  Pelakon terkenal Malaysia, Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah binti Abdul Razak ini sering dipuji kerana kemampuannya menjiwai setiap watak yang diberikan.

Percaya atau tidak, apabila bercerita tentang mutu lakonan, jarang benar kita mendengar kritikan mengenainya.  Tiz Zaqyah sememangnya cukup dikagumi ramai dengan bakat lakonannya.

Walaupun ada yang mengatakan jarang melihat Tiz Zaqyah di kaca tv namun dia juga aktif di laman Instagram dan TikToknya.

Memulakan kariernya pada tahun 2006, Tiz Zaqyah juga masih mempunyai barisan peminatnya sendiri. Mungkin ada yang tidak tahu selain mempunyai bakat dalam lakonan, suara nyanyian Tiz Zaqyah juga agak merdu dan unik untuk didengari.

Bukan itu sahaja, Tiz Zaqyah juga mempunyai bakat yang agak hebat dalam melukis. Dia juga seringkali berkongsi gambar lukisannya di laman Instagram.

Bagaimana pun, baru-baru ini Tiz Zaqyah mencuri perhatian ramai dengan suara nyanyiannya menerusi video yang dimuat naik oleh Khai Bahar di laman TikTok.

Video tersebut memaparkan Khai yang bermain gitar dan Tiz Zaqyah di atas katil yang dipercayai di tempat pengembaraan telefilem mereka.

Mereka menyanyikan lagu Teringin yang dibawakan oleh penyanyi Shima. Walaupun dilihat Tiz Zaqyah tidak beberapa mengingati lirik lagu tersebut, namun nyanyiannya masih sedap untuk didengari.

 


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet  kagum dengan suara pelakon wanita itu. Suara serak serak basahnya itu membuatkan mereka ingin lagi mendegar nyanyian Tiz Zaqyah bersama Khai Bahar.

Antara komen warganet di laman Tiktok:

“Sedap suara Tiz..serak basah..”


“More Tiz Zaqyah..your voice is so nice..”

“Khai Bahar nanti sebelum habis shoot, cover 1 full song dengan Tiz please..”

“Suara Tiz memang sedap di dengar..serak serak basah..”

Video yang tular di laman TikTok:

@khaibahar_94 #shima #teringin #tizzaqyah ♬ original sound – Khai Bahar

Sekadar info, video yang berdurasi 2minit 6 saat iu telah meraih sebanyak 220 ribu tontonan dan 12 ribu tanda suka setakat ini.