“Sebulan ada yang dapat RM400..” Ustaz Ebit Lew Luangkan Masa Ziarah Pemandu Teksi

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan peribadi suka bersedekah telah menziarahi pemandu teksi di lapangan terbang KLIA, pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Ebit telah berkongsi beberapa foto ketika bertemu dengan pemandu-pamandu teksi.

Suasana sayu menyelubungi apabila Ebit bertanyakan tentang pendapatan mereka di saat pandemik Covid-19 semakin menggila sekarang.

Ada yang hanya mampu membawa pulang sekitar RM80 sahaja untuk seminggu.

Dalam kesempatan itu, Ustaz Ebit sempat memimpin bacaan doa khas buat mereka agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian mereka semua.

Sayu sangat rasa ziarah driver taxi airport klia.

Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis. Berapa gaji abang seminggu ini. Rm80 ustaz.

Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat Rm400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada. Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung.

7 bulan dah. Saya dapat beri sedikit barang dapur untuk 300 orang. Mereka ada 700 orang.

Abang dan kakak ni menangis kata. Ustaz, terima kaseh datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami.

Semua cakap sikit menangis.

Ya Allah..sedihnya suasana macam ni. Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan.

Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah. Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak.

Begitulah ayah-ayah ni. Disebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi. Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan.
Terasa sebak jer.

Masa berdoa tadi semua menangis.

Bila tengok tangisan mereka teringat betapa berat ujian mereka. Begitulah ayah-ayah ni semua. Allahuakbar. Inilah kerja mereka selama ini. Kini semua dah berubah.

Doakan yer buat abang kakak ni semua. Cuma mampu beri sedikit bantuan makanan. Buat sahabatku semua jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan ye.

Bantu ikut kemampuan. Ya Alllah maafkan saya. Ampunkanlah diriku ini.