Connect with us

Selebriti

Sebak Tonton Persembahan Jac, Shila & Tom, Reaksi Dina Nadzir Undang Sebak Ramai

Semua insan dalam dunia ini pasti akan merasai kehilangan orang yang tersayang bila sudah tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, sebagai seorang hamba kita hanya mampu akur dan redha dengan segala ketentuan yang tertulis oleh maha Esa.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, ahad lalu bapa kepada penyanyi dan penyampai radio terkenal Dina Nadzir telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru di sebuah pusat perubatan Johor Bahru. Malah dia turut berada di sisi ayah tercinta ketika menghembuskan nafas terakhir.

Pun begitu, Dina Nadzir atau nama sebenarnya Faradina Mohd Nadzir yang juga merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-9 ini tidak dapat membuat persembahan pentas minggu keenam serta membawakan lagu Januari oleh Glenn Fredly namun dia digantikan oleh Tom, Shila Amzah, Jaclyn Victor untuk menyampaikan lagu berkenaan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan reaksi Dina Nadzir sewaktu menonton rakan-rakanya itu di GV9.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @eiz_eian, kelihatan Dina seperti sebak dan turut mengalirkan air mata sambil memeluk ibunya yang berdiri di sisinya.


Walau bagaimanapun, semangat setia kawan dan pengorbanan yang dilakukan oleh ketiga-tiga peserta GV9 malam itu membuatkan lirik lagu berkenaan turut menyentuh hati dan menusuk jiwa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga meluahkan rasa sebak dan mengucapkan takziah atas pemergian bapanya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan turut memahami perasaan Dina Nadzir kerana pernah merasai hal yang sama serta mereka menyifatkan kehilangan seorang ayah untuk anak perempuan tunggal yang paling rapat adalah perkara sangat menyakitkan.

Antara komen warga maya:

“saya dah rasa kehilangan seorang yg bernama “abah” jadi saya faham.. salam takziah dina…”



“bila org yang kita rapat pergi..separuh nyawa kita pergi..sedih teramat..takziah dina…”


“salam takziah dina.. faham perasaan tu…separuh jiwa di bawa pergi…”


“anak perempuan yang pernah jalani, mesti sedang menangis…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@eiz_eianNo word to desc 😢 stay strong dina♬ Januari – Glenn Fredly

Advertisement

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)