“Langkawi dh tak selamat” Kapten Syers ‘Buat Hal’ Di Pantai Cenang, Komen Netizen Pula Bikin Pecah!

Tahun ini, kita dapat saksikan filem Mat Kilau yang diarahkan oleh pengarah terkenal Syamsul Yusof ini telah mencetus fenomena dalam industri perfileman tanah air. Malah ia turut berjaya meraih kutipan pecah panggung hampir RM100 juta.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, pilihan pelakon-pelakon yang membintangi filem ini juga sememangnya cukup hebat dan membuatkan ramai penonton kagum serta memberikan maklum balas yang baik. Selain watak-watak utama yang dibawakan oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Rahim dalam filem ini pelakon Geoff Andre Feyaerts yang membawakan peranan sebagai Kapten Syers itu turut mencuri perhatian.

Baru-baru ini, Geoff Andre Feyaerts telah mencuit hati warga maya apabila sempat ‘buat hal’ bersama dua lagi pemuda dalam sebuah video di Pantai Cenang, Langkawi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @kemallazhar__ ini, memaparkan pelakon kelahiran Belgium itu serta dua individu lelaki yang sedang melakonkan babak seperti dalam filem Mat Kilau malah dia juga memainkan watak Kapsten Syers sebagai Orang British.


Dalam rakaman tersebut, kelihatan individu yang berada di situ seperti berdebar-debar menyaksikan gelagat mereka di Pantai Cenang itu. Boleh dikatakan, lakonan yang dibawa oleh pelakon Mat Kilau itu sememangnya meninggalkan kesan buat penonton sehingga sanggup melayani telatah peminatnya untuk melakukan video ini.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dengan video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu. Ada yang turut terhibur apabila melihat gelagat Kapten Syers bersama dua lelaki itu. Malah mereka juga berseloroh ‘pistol’ yang digunakan oleh ‘pembunuh umpahan’ itu sangat mencuit hati.

Antara komen warga maya:

“cantik pistol tetapi nak tanya kenapa cepat sangat toga membesar…”


“langkawi tak selamat untuk sekarang haha…”

“mat kilau dengan awang dalam ferry lagi tengah on the way…”

“halamak…mat kilau terkandas dalam bot lagi…air surut…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@kemallazhar__ Sapa buat hall di pantai cenang malam tadi ? 🗡️ saya ada pembunuh upahan 💀 #matkilau #pantaicenang #fyp #viral #funny #sunsetlover #fypシ゚viral #tiktok @Geofffey_official ♬ original sound – BrotherBeachBoy🏖