“Saya Training sama macam Hollywood” Hairul Azreen Kongsi Video Pendek Buat Ramai Terkejut

Hari demi hari, karya filem di Malaysia semakin berkualiti memandangkan banyak filem yang mendapat sokongan luar biasa daripada peminat sehingga meraih kutipan cecah jutaan ringgit.

Malah kini, banyak juga filem yang menceritakan tentang pahlawan atau berkait dengan unit beruniform seperti polis, paskal ataupun askar.

Dan seperti yang kita tahu, Hairul Azreen sering memegang watak utama berkaitan filem aksi memandangkan lakonan hebatnya apatah lagi ketika berlawan dengan musuh.

Baru-baru ini, Hairul Azreen mencuri perhatian ramai apabila memuat naik rakaman video pendek yang memaparkan satu latihan yang mana dia berkata bahawa dia juga berlatih sama seperti yang dilakukan di Hollywood.

“Saya training sama macam Hollywood buat, dulu ada kawan-kawan cakap sorry aku tak tengok filem Malaysia but now orang kita bangga dengan filem kita, thank you.” Ujarnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat satu latihan filem aksi menyebabkan ruangan komen juga dihujani ratusan reaksi terkejut dengan latihan sedemikian.


“Dalam movie semua kena nampak real, tapi tak kena pun kalau kita dapat training yang cukup”

Sehinggakan ramai diantara netizen yang tertanya-tanya adakah kayu yang dipukul itu benar-benar kena pada kepala lelaki tersebut.

Antara komen warga maya:
“Bagus la bang share benda camni baru kita tahu Malaysia pun next level gak”


“Macam real do”

“Itu kena ke tak kena? Nampak macam kena…”

“Adoii kena betui ka tu”

“Naya pak karim kalau kena”

Video yang tular di laman TikTok:

@hairul_azreen88Saya training sama macam hollywood buat, dulu ada kawan2 cakap sorry aku tak tengok filem Malaysia but now orang kita bangga dgn filem kita, thank you♬ original sound – Hairul Azreen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.6M tontonan, 51.9K tanda suka, 241 komen, 1209 simpanan dan 125 perkongsian di applikasi TikTok.