Connect with us

Viral

Bersara & Buka Cafe Di Johor? Netizen Dakwa ‘Dominic Toretto’ Tak Lagi Berlumba

Pastinya ramai diantara kita yang pernah menonton filem Fast & Furious bukan? Manakan tidak, filem tersebut pernah menjadi fenomena satu ketika dulu apatah lagi bagi peminat kereta.

Seperti yang kita tahu, terdapat banyak watak yang membintangi filem tersebut seperti Brian O’Conner, Dominic Toretto, Leticia Ortiz dan banyak lagi.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Dominic Toretto dipercayai telah ‘bersara’ daripada dunia berlumba dan menetap di Johor mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_hamizihamzah, dia mengatakan tidak sangka Dominic Toretto membuka kedai di situ.


Sekadar info, watak Dominic Toretto di dalam filem Fast & Furious dibawa oleh Vin Diesel.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terkejut melihat sosok tubuh lelaki tersebut yang sangat persis seperti Dominic Toretto.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terdiri daripada warga Johor berseloroh mengatakan mereka tidak sabar untuk balik ke Kg halaman untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang mendakwa lelaki dalam video tersebut bukanlah Vin Diesel tetapi pak ciknya!

“Tak sangka dia orang johor rupanya” ujarnya di ruangan kapsyen.

Antara komen warga maya:

“Dom sekarang bawak family car”

“Weyh, buat aq excited je nak balik kampung.. nanti boleh singgah cafe ni..”


“Dekat dengan tempat aq, tak pernah nampak pulak si mamat ni”

“Bawa CRV bhai”

Video yang tular di laman TikTok:

@_hamizihamzah Tak sangka dia orang johor rupanya 😩🤘🏻 #fypシ #fyp #fastandfurious #dominictoretto ♬ Bandolero (Cover ver) – Los Reggaetronics

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)