“Saya tak serik nak bela” Tak Salahkan Si Bulus, Wanita ‘Adopt’ Kucing Berfungus Kini Terkena Jangkitan Sama

Seperti yang kita tahu, pencinta kucing ini kebiasaannya sanggup berbuat apa sahaja demi menyelamatkan kucing-kucing yang terbiar.

Iospital phone repair gombak

Walaupun kucing-kucing itu dijangkiti penyakit sekalipun, tidak salah untuk pencinta kucing ini membantu mereka.

Namun begitu, aspek keselamatan diri haruslah dititikberatkan agar penyakit itu tidak merebak ke diri sendiri.

Begitulah kisah yang menimpa seorang wanita ini yang turut dijangkiti kurap di beberapa anggota tubuhnya setelah dijangkiti daripada kucing yang dipeliharanya.

Memetik laporan MStar, wanita itu Nadiatul Akmal menyatakan bahawa dia sememmangnya mengetahui bahawa kucing yang ingin dipeliharanya itu terkena jangkitan fungus selepas dimaklumkan oleh pemilik haiwan itu sebelumnya.

“Waktu saya ambil, badannya (kucing) 20 peratus saja ada bulu. Bahagian lain dah kena jangkitan fungus. Sebelum saya adopt, owner dah beritahu.

“Saya pun buat carian dekat internet tentang macam mana nak merawat kucing yang dijangkiti fungus sebab saya tak ada pengalaman langsung.

“Banyak orang cakap kita kena pakai glove tapi ada yang cakap tak payah. Saya pun tak pakai masa mandikan dan beri ubat kepadanya. Bermakna, saya terkena ni menerusi sentuhan langsung,” terangnya.

Pada peringkat awal, Nadia memaklumkan bahawa tangannya dinaiki bintik merah kecil namun dia tidak menyedari bahawa ia adalah simptom awal kepada jangkitan fungus.

“Saya pun garu dan ia makin naik sehingga merebak sebesar saiz syiling 20 sen. Sepatutnya pada peringkat ini, kalau ada tanda merah, cepat-cepat sapu ubat… insyaAllah ia takkan merebak.

“Bila dah mula gatal-gatal, saya macam ‘in denial’ dan fikir mungkin saya terkena ‘pox’. Seminggu saya guna krim sapu yang tiada kena mengena dengan fungus dan tak sembuh.

“Bila ia jadi teruk, dah ada tiga bintik merah, dekat perut pun ada, saya pergi klinik sebab nak pastikan betul ke ia jangkitan daripada kucing. Dan doktor sahkan saya kena jangkitan daripada kucing,” luah Nadia.

Dikatakan, Nadia menggunakan ubat sapu yang telah diberikan oleh doktor.

Masih tidak nampak sebarang hasil, lalu dia terus melakukan carian di internet mengenai ubat yang sesuai untuk jangkitan fungus.

“Saya menggunakan kombinasi krim Creobic Gold, Betamethasone dan makan kapsul biozole yang diberi doktor. Alhamdulillah dalam masa dua hingga tiga minggu, jangkitan fungus saya akhirnya pulih.

“Boleh pergi beli krim dekat farmasi. Tapi jangan sampai dah teruk baru sapu ubat. Kalau teruk, pergilah klinik cepat-cepat,” katanya.

Nadia yang sememangnya merupakan seorang pencinta kucing, dia menyatakan ini merupakan kali pertama dia dijangkiti penyakit sedemikian.

“Memang trauma sebab gatal sangat. Yang kena saja tahu. Tapi ini tidak bermakna saya serik nak adopt kucing, cuma saya serik jika dengan kucing berpenyakit.

“Tak sangka video saya meletup dekat TikTok. Ada yang marah, konon saya salahkan kucing. Sebenarnya ia berkait dengan antibodi juga. Saya jenis cepat sakit, memang senang terkena.

“Cuma yang nak bela stray cat… boleh. Kita membantu kucing dapat pahala. Tapi pastikan kalau tak tahu (merawat penyakit), tanya orang yang tahu. Atau banyakkan buat carian di internet, dekat komuniti Facebook pun banyak share.

“Saya kongsi video tu bukan untuk takutkan orang yang mahu bela kucing, saya share sebab ada yang tak tahu pasal jangkitan ni… saya nak orang berjaga-jaga supaya mereka tahu rawatannya,” terang Nadia.

Video TikTok yang tular:

@aidaneusofff Alhamdulillah sekarang tangan dah elok. Kucing tak dapat diselamatkan sebab waktu rescue pun terlalu banyak sakit selain fungus 🥲 #fyp #funguskucing ♬ original sound – Nadiamdyusof