“Kini rumah kurang seri” Polis Sebak Hantar Anak Masuk Asrama, Sampai Cium Baju Si Sulung Buat Ubat Rindu

Momen ketika ibu bapa menghantar anak-anak pertama kali ke asrama, pasti mereka akan berasa sebak.

Iospital phone repair gombak

Mengenangkan akan bagaimana kehidupan mereka berdikari selepas ini, tanpa ditemani ibu bapa di sisi.

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang ayah kelihatan berulang kali memeluk dan mencium anaknya seperti tidak mahu lepas sehingga menitiskan air mata ketika menghantarnya ke sekolah berasrama.

Memetik laporan MStar, ayah yang bernama Hazli Hussin, 41, dia menyatakan bahawa dia menghantar anak lelakinya yang berusia 13 tahun untuk masuk ke sebuah sekolah menengah Sains di Perak.

Difahamkan, kemasukan anaknya ke sekolah berasrama itu merupakan permintaan anaknya sendiri.

“Dari awal dia yang teringin nak rasai kehidupan di asrama. Mulanya berat juga tapi apabila fikirkan permintaan anak dan masa depan dia, saya dan isteri akur.

“Masa nak hantar tu okay lagi, tak rasa apa-apa. Dah sampai sekolah tiba-tiba perasaan sedih tu datang, memang saya tak dapat tahan (menangis),” katanya.

Walaupun perjalanan dari rumah ke sekolah anaknya hanya mengambil masa selama 30 minit, Hazli masih sukar untuk berenggang dengan anak sulungnya itu.

“Ini pertama kali berenggang, 12 tahun tak pernah terpisah atau berjauhan. Saya dan anak pula sangat rapat macam kawan baik.

“Anak saya ni terlalu penyayang dan lemah lembut. Suka bantu saya dan isteri buat kerja rumah, dia memang anak yang ringan tulang,” jelasnya.

Kata Hazli, dia masih bersedih kerana rumahnya kini ‘kurang seri’ disebabkan ketiadaan anak lelakinya itu.

“Sampai sekarang memang duduk termenung teringat abang (panggilan anak). Setiap kali rindu, saya tengok video-video anak yang saya rakam.

“Baju terakhir yang abang pakai sebelum saya hantar dia ke asrama pun belum dicuci. Bila rindu, saya cium baju dia,” luah Hazli.

Tidak dapat menahan sebak, Hazli yang merupakan seorang anggota polis berasa sayu menjalani hari-harinya tanpa ucapan selamat malam daripada anak lelakinya.

“Dulu sebelum tidur, anak selalu datang dulu peluk papa dia (panggilan bapa), sekarang ni tak ada lagi. Malam-malam jadi sunyi.

“Sebenarnya saya tegas dan garang di luar rumah. Dengan anak-anak pun saya tegas tapi manjakan mereka,” ujarnya.

Apa yang lebih membuatkan Hazli berasa sayu adalah ketika waktu berbuka puasa tanpa anak sulung.

“Anak saya ni jenis berselera apabila makan, selera dia double. Sejak hari pertama puasa hari tu, dia tak nak beli makanan kat bazar Ramadan, dia lebih suka mak dia yang masak.

“Masakan yang paling dia suka adalah asam pedas, sempat juga dia merasa masa berbuka puasa sebelum masuk asrama. Sekarang ni saya fikir apa yang dia makan, cukup ke dia makan.

“Cerita tentang anak ni terus jadi sensitif, macam hantar dia ke asrama tempoh hari pun satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ni, memang sedih. Harap dia baik-baik di asrama,” luahnya lagi.

Video TikTok yang tular:

@hazlihusin83 #sekmensainstapah #sesta #rindu #proudofyou #fyp #anakteruna ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Arnas✨