“Saya tak kenal ayah saya” Adik Ini Dedah Sebab Mengapa Dia Nak Kumpul Pahala Buat Ramai Sayu

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Bulan puasa hampir tiba, pastinya ramai diantara umat islam sedang sibuk membuat persediaan untuk menyambut ramadhan.

Manakan tidak, bulan Ramadhan yang penuh mulia ini memberikan 1001 berkah dan sudah tentu kita ingin meraikan bulan ini bersama-sama dengan ahli keluarga.

Pun begitu, tidak semua daripada kita bernasib baik. Ada yang telah pun kehilangan ibu ayah dan menjadi anak yatim piatu, ada yang ditinggalkan daripada kecil dan hilang tanpa khabar berita serta banyak lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan akui ingin mengumpul banyak pahala atas sebab tertentu mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @myfundaction, difahamkan seorang budak perempuan tinggal di rumah anak yatim piatu dan ingin menjadi lebih berdikari.

“Mak saya dah tak ada.. kalau saya duduk dengan makcik saya, semua anak-anak dia lelaki, so saya duduk sini la (rumah anak yatim) supaya saya boleh buat semua sendiri..”

Mana ayah awak?

“ayah saya.. entahlah, saya tak kenal ayah saya.. tak pernah jumpa”

Apabila ditanya apakah yang budak perempuan ini sangat teringin untuk bulan Ramadhan ini, dia dengan tenang menjawab ingin mengumpul banyak pahala untuk dilasurkan kepada arwah ibunya.

“Saya nak kumpul banyak pahala.. boleh bagi dekat mak saya supaya mak saya masuk syurga” ujarnya

Video yang tular di laman TikTok:

@myfundactionBaru umur 9 tahun, Adik Putri dah tahu fikir macam ni 😢

♬ original sound – Rina🍀cancer – I’m okey😊

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7M tontonan, 282.4K tanda suka, 5624 komen dan 6737 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak mendengar luahan yang jauh daripada sudut hati adik Putri ini.

Dalam masa yang sama, ramai di antara para netizen mendoakan yang terbaik untuk adik Putri terutamanya buat masa depannya dan warganet juga tidak menafikan dia adalah seorang yang sangat cantik.

Antara komen warga maya:


Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.