Mizz Nina Dipilih Sebagai Penerima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan Oleh JAKIM

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina binti Azman kini tidak asing lagi dengan misi kemanusian serata dunia dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Iospital phone repair gombak

Bekas penyanyi yang terkenal dengan lagu What You Waiting For ini juga turut dilihat aktif berkongsi perkembangan dirinya di Insatgram seperti menghadiri temu bual berkaitan agama selain giat mendalami Islam.

Hari ini, Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW peringkat Kebangsaan 14444H/2022M bagi kategori Ikon Kemanusiaan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Turut tersenarai beberapa ikon lain terpilih seperti Eksekutif Pengisian Kandungan Islam TV3 dan TV9 iaitu Ahmad Noor Sulaiman serta pesara guru tadika, Chee Hoi Lan.

Difahamkan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada semua ikon terpilih.

Di Insta Story Mizz Nina, dia memuat naik semula hantaran ucapan tahniah yang dikongsikan oleh pengikut media sosial serta sahabat terdekat dengan ucapan terima kasih dan Alhamdulillah sebagai tanda syukur.

Hantaran yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JAKIM (@myjakim)