Man Raja Lawak Beri Bantuan RM50k Kepada Yang Memerlukan, Ini Cara Untuk Memohon

Ketika rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang bekerja sendiri turut  hilang punca pencarian.

Namun begitu, ada beberapa selebriti turut sama terkesan dan datang membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Man Raja Lawak derma duit kemenangan 

Turut terpanggil untuk sama-sama membantu adalah pelawak terkenal Abd Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak.

 

View this post on Instagram

 

Semalam balik dari lepaking layan @sepahtureunionliveofficial

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Sebelum ini, beliau telah menjadi Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bersama kumpulan puteh.

Terbaru, beliau telah memuat naik satu posting di laman Instagram yang mana beliau akan mendermakan sebahagain wang kemenangan yang diraih.

Man kongsi hadiah MLM 2019

Beliau turut terpanggil berkongsi hadiah yang dimenangi ketika menjadi juara MLM 2019 tempoh hari.

 

View this post on Instagram

 

Biar SEJUTA kali putus cinta..tapi..jgn SATU kali pun PUTUS ASA..rahsia sye.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan”.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan ketika ini.

“Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil Juara Mlm 2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan”.

Yang memerlukan bantuan sahaja yang akan dilayan

Menerusi posting berkenaan, beliau turut memberitahu, sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja akan dilayan.

“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan”.

Man peruntukkan 50 Ribu Ringgit untuk sumbangan kepada orang ramai

Selain itu, beliau turut memberitahu akan membantu orang ramai yang memerlukan bantuan sehingga bajet yang diperuntukkan sebanyak 50 ribu ringgit itu habis.

 

View this post on Instagram

 

Inilah trofi sye yg sebenar..yg nampak onak duri yg sye pijak sebelum mencapai kejayaan

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

“Sila hantar mesej peribadi dan berikan detail kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet sebanyak 50K habis digunakan sepenuhnya”.

“Saya akan teliti setiap permohonan. Sekiranya tiada respon bermakna permohonan anda gagal”.

Doakan saya murah rezeki dan sihat tubuh badan

Sementara itu, beliau turut berharap bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan dengan baik dan memohon orang ramai mendoakan beliaudimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan.

“Semoga bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Hanya doakan saya murah rezeki dan sihat tubah badan, Amin”.

Semoga lebih ramai insan yang berhati mulia datang menghulurkan bantuan kepada yang benar-benar memerlukan bantuan.