“Artis tersebut menyelar serta menghina” Seniman Lapor Polis Terhadap Zarina Anjoulie

Pada ketika ini, masih lagi hangat mengenai isu bantuan khas untuk selebriti yang turut diperjuangkan oleh Persatuan Seniman Malaysia.

Walaupun keempat-empat selebriti yang terdiri daripada Tomok, Black Hanifah, Achey dan Shuib telah membuat permohonan maaf namun dilihat isu ini masih berpanjang.

Terbaru menerusi Facebook rasmi Persatuan Seniman Malaysia, satu kenyataan telah dikeluarkan yang mana Persatuan itu telah membuat laporan polis keatas seorang artis.

Seniman buat laporan polis keatas seorang artis

Artis tersebut didakwa telah mengeluarkan video yang berbaur hasutan terhadap industri seni tanah air.

Sehubungan dengan itu, satu posting dimuat naik mengenai laporan polis yang telah dibuat terhadap artis tersebut.

Info terkini dari Persatuan Seniman Malaysia

Pihak SENIMAN telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kencaman terhadap industri seni malaysia.

Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu.

Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam perintah kawalan pegerakan (PKP) telah menjadi teruk dan dipandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan.

Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan suruhanjaya multimedia malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu.

Dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner utk menghapuskan covid 19 dari menghasut masyarakat untuk membuat pekara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam.

Artis itu didakwa mencetuskan pandangan negatif terhadap selebriti

Laporan polis dibuat kerana artis tersebut kerana menerusi video berkenaan kata-kata artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya telah menyinggung perasaan para penggiat seni.

Selain itu, pihak seniman juga meminta agar lebih ramai lagi artis berbuat tindakan yang sama iaitu membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia.

Menurut persatuan itu lagi, video tersebut telah mencetuskan pandangan negatif terhadap para selebriti.

Semoga segala perselisihan faham dan ketidakpuashatian pelbagai pihak dapat diselesaikan tanpa sebarang sengketa.