“Saya gembira” Baru 9 Bulan Berkahwin, A.Aida Berpisah Dengan Suami Ke-4

Hari ini dunia hiburan digemparkan dengan satu berita mengenai penceraian Datuk A.Aida. Beliau membuat satu sidang akhbar untuk mengumumkan perpisahan itu kepada media.

Datuk A.aida telah sah berpisah dengan bekas suaminya Ariff Aziz. Penerbit drama ini telah sah bepisah talak satu pada 25 April lalu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga.

Beliau telah membuat sidang akhbar untuk merungkaikan perkara tersebut dalam satu majlis  Sesi Hati Ke Hati bersama Datuk A.Aida di sebuah hotel. Ini merupakan perkahwinan keempat penerbit filem itu.

Menerusi satu video Datuk A.Aida menganggap jodoh antara beliau dan bekas suaminya itu tidak panjang dan redha dengan ketentuan takdir.

Beliau turut mengulas lanjut, beliau kini lebih fokus dalam kerjayanya dan juga mahu menumpukan perhatian kepada  3 orang anak yang tersayang.

Selain itu, penerbit muda ini turut memberitahu beliau bakal menceburi perniagaan baharu iaitu perniagaan produk kecantikan dan pakaian senaman.

Ujarnya beliau lagi, beliau mengharap segala teka teki atau spekulasi mengenai status perkahwinan beliau kini telah terjawab.

Saya anggap jodoh kami tidak panjang dan akur dengan ketentuan ini. Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai,” katanya yang turut ditemani peguamnya, Zulkifli Che Yong.

Hidup mesti diteruskan dan saya kini, ingin memberi fokus kepada tiga anak, selain perniagaan baharu iaitu produk kecantikan dan pakaian senaman“.

Saya harap penjelasan ini dapat meleraikan segala spekulasi mengenai status kami,” katanya.

“Kami bercerai dengan talak satu selepas bersetuju untuk menamatkan perkahwinan ini dengan baik. Jujurnya saya amat gembira dengan penceraian ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, penerbit ini telah berkahwin dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng pada 1994. Mereka telah berpisah pada tahun 2003.

Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata dan kedua duanya adalah perempuan iaitu Wan Az Aleesa, 22, dan Wan Azevanatassha, 17 hasil dari perkahwinan pertamanya.

Menerusi perkahwinan keduanya, Datuk A.Aida telah berkahwin dengan seorang pegawai polis iaitu Sufian Sulaiman pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki , Muhammad Rahul 10 tahun. Akan tetapi mereka telah berpisah pada tahun 2013.

Semoga Datuk A.Aida tabah dengan perpisahan keempat ini. Semoga beliau tabah dan gembira meneruskan hidup bersama anak-anaknya.