Penghijrahan Inspirasi, Mizz Nina Tetap Berusaha Padam Semua Foto & Video Lama

Nama Mizz Nina tidak asing lagi bagi peminat dunia hiburan tanah air. Dikenali sebagai penyanyi sebelum ini Mizz Nina atau dikenali sebagai Shazrina Azman merupakan seorang penyanyi yang berbakat.

Beliau berkahwin dengan vokalis kumpulan Hujan Noh Salleh pada 1 Julai 2011 di kediaman keluarga Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang.

Seperti yang diketahui umum, Mizz Nina telah meninggalkan dunia nyanyi setelah nekad mahu berhijrah. Sebuah penghijrahan yang dicemburui oleh orang ramai kerana beliau begitu nekad dan bersungguh dalam penghijrahannya.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulilah, back to my daily routine 💕 #KL #Work #Meetings #Events

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on

Bukan sahaja beliau meninggalkan dunia hiburan, tetapi kini Mizz Nina dilihat aktif dalam aktivit kemanusiaan dan kerohaniaan. Sering kelihatan beliau pergi ke misi kemanusian di luar negara.

Nekad Mahu Memadamkan Semua Foto Dan Video Lama Yang Membuka Aurat.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai foto dan video lamanya yang tidak menutup aurat.

Penyanyi itu turut mengulas, beliau kini dalam proses untuk memadam foto dan video lamanya sebelum berhijrah.

Mizz Nina turut tenang menjawab pelbagai persoalan dan tidak cepat melenting kerana foto dan video lamanya masih lagi ada di internet dan Youtube.

Mungkin ada hikmah, barangkali melalui video dan gambar lama itu orang boleh lihat penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan saya“.

Saya masih lagi akan terus berusaha untuk memadamkannya mengikut prosedur” ujarnya beliau lanjut.

Karier Nyanyiannya Telah Tamat Sejak Mula Berhijrah

Mengulas lanjut mengenai dunia hiburan, beliau telah meninggalkan dunia nyanyian dan biarkan suaminya sahaja yang aktif dalam bidang itu.

Mizz Nina mahu lebih fokus dalam aktiviti kerohanian dan kemanusian. Beliau lebih tenang sekarang dan lebih menyukai kehidupannya sekarang.

Saya takkan menyanyi lagi. Saya suka dengan kehidupan saya sekarang yang banyak menyertai misi kemanusiaan, biarlah suami saya yang terus dalam karier muzik” ujarnya lanjut.

Ramai artis turut terlibat dalam aktiviti kerohanian bersama Mizz Nina antaranya adalah Heliza Helmi, Farah Fauzana dan suaminya sendiri Noh Salleh.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulilah, back to my daily routine 💕 #KL #Work #Meetings #Events

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on

Semoga penghijrahan Mizz Nina terus menjadi inspirasi kepada semua orang ke arah kebaikan. Usaha murni beliau dan rakan-rakan menerusi misi kemanusiaan sangatlah dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Semoga Mizz Nina dapat memadam semua foto dan video lamanya dan sokonglah usaha murni beliau dan  diharap pihak media menghormati keputusan beliau untuk tidak lagi menyiarkan foto dan video lamanya.