Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu tunggal, Wan Nurfarahin binti Mohd Radzi yang mempunyai 3 orang anak maut seelpas terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya mengundang sbeak ramai.

Semalam, lalu lintas di lebuh raya Sungai Besi, Kuala Lumpur menjadi sesak ekoran berlakunya nahas membabitkan seorang penunggang motosikal.


Kemalangan terebut berlaku apabila motorsikal yang ditunggang wanita ini ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja tergesel dengan sebuah lori 3 tan sebelum akhirnya digilis.


Bagaimana pun difahamkan bahawa pemandu lori tersebut juga tidak menyedari kelibatnya sewaktu kejadian tersebut.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puteri mengatakan mangsa merpakan seorang sahabat yang baik.

Imbas kembali detik terindah, Puteri juga mengatakan bahawa Nurfarahin dikatakan sanggup naik motor walaupun tengah mengandung semata-mata untuk mengirimkan hadiah sempena kelahiran bayinya.

Malah apa yang lebih menyedihkan adalah baru-baru ini mereka bercadang untuk bertemu seula setelah sekian lama tidak bersua muka.

Bukan itu sahaja, Puteri juga berkongsi kepada semua warga maya bahawa Allahyarhamah Nurfarahin masih berada di HUKM bagi proses postmortem dan ujian saringan C19.

Anak-anak arwah juga kini berada bersama pak cik mereka, dan proses pengebumian bakal dibuat selepas Asar nanti.

“Arwah masih di HUKM utk testcovid and post motem update dari abg arwah.. mandi kafan semua di hospital katanya.. ank2 arwah ada dgn abg arwah.. in sya Allah kebumi selepas asar di batu 10 cheras”

Turut terkesan, bekas suami kepada wanita ini juga sempat tampil menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas isterinya dan berjanji akan menjaga 3 zuriat mereka sebaik mungkin.

Lelaki ini juga mengakui bahawa terdapat banyak kenangan bersama bekas isterinya sehingga tidak dapat dihuraikan dan menggangap ini merupakan satu takdir yang perlu diterima dengan lapang dada.


Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Digital (@utusanonline)


Sama-sama kita doakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca)