“Satu taman menggelupur bangun” Susah Bangun Sahur, Gelagat Ayah Kejutkan Anak Guna Meriam Buat Ramai Terhibur

Kejutkan anak-anak sahur ada kalanya susah. Terutama sekali pada hari yang sibuk dan meletihkan. Lagi-lagi anak yang masih bersekolah.

Iospital phone repair gombak

Dapat kita lihat ramai ibu bapa yang berkongsikan momen-momen lucu di media sosial ketika mengejutkan anak mereka.

Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini oleh @muka_macaron di mana cara suaminya mengejutkan anak mereka sahur mengundang dekah ramai!

Menerusi rakaman yang dimuat naik, dapat dilihat riak muka si ayah yang sangat garang dan serius sedang memegang sesuatu berwarna kelabu.

Rupa-rupanya, ia merupakan alat pembantu untuk mengejut anak mereka iaitu sebuah ‘meriam angin’ yang dicipta menggunakan batang paip dan juga botol mineral.

Sebelum si ayah melepaskan letupan, dia sempat memandang ke tingkat atas rumahnya, di mana letaknya bilik si anak.

Kemudian, ayah yang dilihat berkopiah putih sambil mengenakan kain pelikat berona biru menggoncang-goncangkan meriam berkenaan.

Tak lama selepas itu, keluarlah bunyi dentuman yang kuat menghala ke ruang atas rumah. Si ayah itu turut tersenyum selepas meletupkan meriam buatannya.

Meskipun video berbaur lucu ini baru sahaja dikongsikan tempoh hari, jumlah tontonannya kini telah berjaya mencecah sehingga 934.3 ribu serta meraih sebanyak 99.5 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya kagum mendengar bunyi letupan meriam berkenaan. Malah seloroh mereka, bunyi itu bukan sahaja mampu mengejutkan anaknya tetapi jiran sebelah juga!

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“satu taman menggelupur bgn sahur”

“beliau terlalu beliau😭”

“mestiii berpengalaman dari zaman kanak kanak lagi nihhh😂”

“haha ni baru istillah sbenar seorg ayah😂”

“ini sekali dgn jiran2 bgun ni 😂”

“mak Sy selalu cakap ..kalau gerak hg ni payah mangkit kena letak bom kot.. sekarang Sy bg solusi ni kat mak sy”

Video yang tular di laman TikTok

@muka_macaronCara beliau nak kejutkan anak2 beliau😑♬ Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih