Gara2 Terlalu ‘Asyik’ Membetulkan Aircond, Atuk Tak Sedar Hari Jadinya Disambut “Dah 3x repeat nyanyi”

Semakin meningkat usia orang tua kita, semakin berkurangan nikmat keupayaan mereka. Sebagai contoh, daya pendengaran dan penglihatan.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kekurangan itu bukanlah satu penghalang untuk ahli keluarga tidak menyambut hari-hari bahagia bersama mereka.

Persis situasi comel yang tular baru-baru ini oleh @ezraexclusive di TikTok, memaparkan seorang atuk tidak menyedari dirinya sedang disambut oleh anak, menantu serta cucunya.

Menerusi video yang dimuat naik, dilihat atuk itu sedang khusyuk berdiri di tengah laman ruang tamu sambil membetulkan aircond menggunakan alat kawalannya.

Tanpa dia sedar, dia telah dirakam dalam diam sambil seluruh anak cucunya menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu.

Menurut pemilik video, rupanya lagu berkenaan sudah mereka nyanyikan sebanyak tiga kali namun warga emas yang berkopiah dan berbaju putih itu masih leka dengan aircond!

Bagaimanapun, dia akhirnya disedarkan dengan seorang cucu perempuannya. Dia yang baru perasan, tersenyum sambil memandang kek yang dibawa kepadanya.

Sejak hampir seminggu rakaman mencuit hati ini dikongsikan, jumlah tontonannya kini telah berjaya mencecah sehingga 767 ribu manakala meraih 52.7 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat si atuk yang tidak perasan akan kehadiran kesemua ahli keluarganya.

Netizen turut sempat berseloroh, mujur diberitahu cucunya, Naura. Kalau tidak, mungkin mereka terpaksa menyanyikan lagu ulang tahun itu sampai sudah.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“msti atok dh biasa bunyi bising mcmtu..sbb tu wat dunno je…😂😂”

“atok tengah menyelesaikan masalah aircond😅”


“nasib ler cucu atok bagi taw..kalau tak..smpai ke bulan zulkaedah atok x prasan🥰”

“ni mesti kes cucu2 suka nyanyi lagu besday tu yg xhairan 😂”

“Klu xde budak tu bgtau ‘Allah selamatkan kamu’ sampai subuh, lilin da caerrr”

“Nasib naura bgtau. X masal atok start motor pi ngeteh, dh smua temenung😂”

“Atok kau tgh bz nk bukak aircond 😂😂😂 Tgh panas 😂”

Video yang tular di laman TikTok

@ezraexclusive Selamat pulang tahun pa🥰 #birthday2023 ♬ bunyi asal – Kurung Murah Viral💖